Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Banjir: TNB Tutup Bekalan...

ALOR SETAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan...

Baju Calvin Klein RM542,000...

LOS ANGELES - Pakaian bertatahkan mutiara yang bernilai AS$150,000 (RM542,345) yang dilapor dicuri dari...

Pusat Pengundian PRK Balakong,...

BALAKONG – Semua pusat pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Sultan Muhammad V Sayangi...

BACHOK - Sesuai dengan perwatakan baginda yang tenang dan berhemah, Yang di-Pertuan Agong...

Kabinet Tarik Balik Moratorium Beberapa Akta Bagi Mengendali Kes Kuil

SUBANG JAYA – Kabinet bersetuju membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan beberapa akta yang sedang dalam kajian untuk dimansuhkan sebelum ini dalam mengendalikan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, di sini, Isnin lalu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mesyuarat Kabinet Jumaat lalu, memutuskan untuk menarik balik moratorium yang diadakan sebelum ini berdasarkan keadaan semasa dan apa yang berlaku berkaitan kes kuil ini.

Antara akta tersebut, katanya, adalah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 (POCA), Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Hasutan 1948 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas (SOSMA 2012.

“Polis dibenarkan mengguna pakai akta berkenaan walaupun ia sedang dikaji dengan lebih teliti,” katanya pada sidang media selepas melawat anggota polis yang bertugas mengawal keselamatan di tapak kuil berkenaan di sini.

Muhyiddin, yang tiba pada jam 3.40 petang, turut ​​​​​​​​​​​​​​menemui pihak pengurusan kuil bagi membincangkan isu kuil berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim. – BERNAMA

Kategori