Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Merisaukan…Kecil-Kecil Sudah Tahu Perihal...

AMBOI...hebat sungguh budak-budak sekarang!Kencing pun bercabang lagi, ada hati nak letak status 'Married'...

Anwar Ibrahim Yakin Akan...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Bekas Suami Mengamuk, Tembak...

SEBUAH parti sambutan tahun baharu 2017 yang diadakan di Brazil bertukar tragedi berdarah...

Kepong BC Akhiri Cabaran...

GENTING HIGHLANDS - Juara bertahan, Kelab Badminton Kepong (Kepong BC) menamatkan kempen Cabaran...

KAFA Tak Mahu Ulangi Kesilapan Lantik Jurulatih

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam melantik jurulatih untuk mengemudi skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Premier musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata KAFA akan meneliti sebaik mungkin kriteria jurulatih yang akan membimbing Kelantan dalam usaha untuk kembali ke saingan Liga Super pada musim 2020.

ā€œKita akan lihat rekod, lesen dan sebagainya yang berkaitan dengan aspek kejurulatihan sebelum melantik mana-mana jurulatih bagi mengelak kesilapan sama berulang,ā€ katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan tindakan KAFA yang masih belum melantik ketua jurulatih Kelantan boleh mengundang ‘malapetaka’ kepada TRW untuk saingan musim depan memandangkan persiapan hanya berbaki sebulan sebelum sepak mula pada 1 Feb depan.

Untuk rekod, pada musim ini KAFA melantik Sathit Bensoh dari Thailand dan Fajer Ibrahim dari Syria sebagi Ketua Jurulatih TRW namun kedua-dua pengendali bertaraf antarabangsa tersebut gagal mencipta sebarang kejayaan kepada Kelantan.

Bibi Ramjani berkata buat masa ini TRW akan dikemudi oleh Pengarah Teknikal TRW Jorg Peter Steinebrunner dan pembantu jurulatih Kamarudiin Muhammad.


“Kita akan mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Terengganu pada 5 Feb di Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan dari situ, kita boleh menilai kemampuan pasukan secara menyeluruh,ā€ katanya.

Sementara itu, Bibi Ramjani berkata terdapat lima kekosongan pemain termasuk seorang pemain import yang perlu didaftar pada 20 Jan depan.

Beliau berkata Kelantan juga masih belum mempunyai penaja utama dan berharap agar ada pihak yang berbesar hati untuk tampil membantu berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori