Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Erra Gembira Aleesya Turut...

PERKAHWINAN bekas suami primadona filem Melayu moden, Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku...

Abbott Dakwa MH370 Sengaja...

SYDNEY - Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, mendakwa, ‘pemimpin kanan’ Malaysia percaya...

HTC Butterfly 2 Dilancarkan...

HTC Malaysia secara rasminya melancarkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga HTC Butterfly,...

Agong Titah Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Kaka Azraff Selamat Bergelar Isteri

KUALA LUMPUR – Dengan sekali lafaz, penyanyi Kaka Azraff, 29, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Adam Azriff,25, pada jam 9.53 malam di kediaman keluarganya di Klang, Selangor, malam tadi.

Kaka dan Adam dinikahkan oleh Ustaz Azmi Selamat dengan berwalikan bapa saudaranya, Nor Izam Aminuddin.

Pada majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pihak, penyanyi lagu Bukan Hal Aku itu menerima mas kahwin berjumlah RM300.

Mengangkat tema Melayu Klasik, Kaka kelihatan anggun dengan busana kebaya putih, di sisi suami yang turut mengenakan persalinan rona sama.

Menerusi kenyayaan dikeluarkan Warner Music, Kaka dan suami bersyukur pada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa dan restu dalam meraikan penyatuan kasih ini.


Bagi meraikan cinta pasangan mempelai bersama media dan peminat, Kaka dan suaminya yang juga pemilik kafe akan mengadakan majlis resepsi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Sebelum ini, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mengesahkan gambar sarung cincin yang tersebar di laman sosial adalah majlis merisik, bukan bertunang seperti disangka ramai.

Begitupun, penyanyi berkenaan hanya menyebut berkenaan acara yang berlangsung pada 27 November lalu, tanpa menyatakan tarikh majlis pernikahan.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan mempelai yang menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu itu bakal berlangsung di sebuah dewan di Damansara pada 22 Disember ini. – BH Online

Kategori