Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

BN Bantu Rakyat Tanpa...

BERA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa membantu rakyat tanpa mengira...

Mahkamah Putuskan NSTP Amal...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan The New Straits...

Pengarah JPS Antara 3...

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran antara tiga individu ditahan hari...

Mahathir Pinggir Golongan Nelayan...

JITRA - Tun Dr. Mahathir Mohamad membangunkan Langkawi dengan menidakkan kepentingan golongan nelayan...

Kami Tak Lompat Parti, KJ Ajar Filter IG, Izzah Bagi Tips Sekolah Anak

KUALA LUMPUR – Rafizi Ramli menjelaskan pertemuan dengan Nurul Izzah Anwar dan Khairi Jamaluddin di sebuah restoran di Bangsar semalam hanya sembang-sembang biasa.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, mereka tidak berbincang mengenai politik atau cadangan menubuhkan parti atau menyertai parti politik lain.

Semalam BH di https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/12/510617/nurul-izzah-raf…melaporkan Rafizi dilihat minum bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Parlimen Rembau itu di restoran Alexis Bistro, di Bangsar Shopping Centre, di ibu negara.

Nurul Izzah, yang Isnin lalu membuat kejutan apabila meletakkan jawatan Naib Presiden dan Pengerusi PKR Pulau Pinang dilihat tiba dulu di restoran itu kira-kira jam 12 tengah hari diikuti Rafizi.

Tidak lama kemudian, Khairy muncul dan mereka dilihat memesan minuman. Sehingga jam 1.30 tengahari mereka dilihat hanya minum, tetapi tidak pasti sama ada mereka makan tengah hari bersama.

“Ketika saya tinggalkan restoran itu pada jam 1.30 tengahari mereka masih di sana. Mereka kelihatan ceria sambil berbual,” kata seorang pembaca BH yang turut merakam gambar mereka.

Bagaimanapun hari ini, Rafizi dalam entri akaun Twitternya menulis mereka tidak berbual mengenai penubuhan atau menyertai parti lain.

“Terima kasih @bharianmy buat liputan saya, @n_izzah & @Khairykj makan tengahari.

“Langsung tak bincang lompat ka, buat parti ka,” antara catatan beliau yang mendapat retweet lebih 2,000 oleh pengikut akaunnya. Tweet beliau juga mendapat lebih 2,000 likes setakat jam 2.30 petang tadi.

Rafizi juga berkata Khairy mengajar beliau bagaimana menggunakan penapis di akaun Instagram.

“KJ ajar saya mcm mana nak pakai filter Insta. Izzah bg tips sekolah anak. Saya bg tips mcm mana nak gemuk,” tulis beliau lagi.


Tiga pemimpin muda ini antara ahli politik popular dan mendapat perhatian ramai, terutama golongan muda.

Mereka menghormati antara satu sama lain dan kerap berkongsi pandangan berkaitan pelbagai isu membabitkan kepentingan rakyat serta negara.

Selain dua jawatan berkenaan, Nurul Izzah melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Selepas riuh berita Nurul Izzah meletak semua jawatan itu, Khairy tampil dengan ‘kata-kata semangat’ yang ditujukan khas kepada puteri reformasi itu, seolah-olah mahu ‘memujuk’ supaya tidak meninggal dunia politik.

Dalam entri yang dimuatnaik dalam akaun Twitternya, Khairy memuji ketokohan Nurul Izzah sepanjang berkecimpung dalam dunia politik sebagai seorang Ahli Parlimen contoh.

Rafizi pula dilaporkan berkata Nurul Izzah tidak berundur daripada politik, sebaliknya akan terus memainkan peranan penting di Parlimen dan arena politik negara.

Beliau juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai reformis dan pejuang serta hanya melepaskan jawatan dalam politik, tetapi kekal dengan idealisme serta perjuangan dalam arena politik negara yang ‘bercelaru’ ketika ini. – BH ONLINE

Kategori