Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengguna Subway Berseluar Dalam...

BEBERAPA orang lelaki di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China dengan selamba menaiki Subway (kereta...

Perbezaan Pendapat Boleh Asalkan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perbezaan pendapat...

Senator Minta Khazanah Dedahkan...

Syarikat Khazanah Nasional Bhd diminta mendedahkan angka sebenar gaji yang akan dibayar kepada...

Pemerdagangan Manusia: 24 Jenazah...

POKOK SENA - Kumpulan keempat 24 jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai etnik Rohingya...

Kanak-Kanak 11 Tahun Antara Ditahan Dalam Operasi Cegah Jenayah

MIRI – Polis menahan 19 suspek termasuk seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes jenayah dalam operasi besar-besaran pencegahan jenayah di sini.

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata kesemua suspek berusia 11 hingga 46 tahun itu ditahan sejak 24 Nov hingga 13 Dis dalam 14 operasi yang dinamakan Op Pintu dan Op Lejang.

“Polis telah berjaya menyelesaikan 74 kes jenayah harta benda antaranya kes pecah rumah, curi kenderaan dan pecah stesen telekomunikasi di sini sepanjang tahun 2018, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata, antara pelbagai barangan dirampas ialah barang kemas, telefon bimbit, barangan elektrik, jam tangan, komputer, kenderaan pacuan empat roda SUV Lexus, kereta Naza Citra, kereta Toyota Vios dan motosikal Honda Wave.

Beliau berkata, pemilik rumah serta kenderaan di bandar raya Miri diingatkan supaya meningkatkan tahap keselamatan sepanjang musim cuti serta musim perayaan untuk mengelak menjadi mangsa kes jenayah. – BERNAMA

Kategori