WONGA PARK, Australia – Sebuah keluarga menerima kejutan besar apabila mendapati seekor kanggaru sedang berendam di dalam kolam renang di belakang rumah mereka di pinggir bandar Melbourne Isnin lalu.
Jen Harlow dan keluarganya pulang sekitar pukul 11 pagi dan mendapati marsupial seberat 70 kilogram itu cuba menyejukkan badan daripada cuaca panas di dalam kolam renang mereka.
Keluarga itu mula perasan beberapa ekor kanggaru muncul sekitar kawasan kolam berpagar tersebut sejak sebulan lalu sebelum salah seekor daripadanya berani ‘melompat’ masuk, lapor rangkaian berita 9 News.
Kanggaru itu cukup tinggi untuk berdiri di sudut cetak kolam renang tersebut, malah tidak mengendahkan gambarnya dirakam ketika makan rumput yang diberikan Harlow.
Selepas gagal mengeluarkan haiwan itu, Harlow menghubungi pihak berkuasa yang menembak ubat bius sebelum menarik keluar kanggaru tersebut untuk dipindahkan ke kawasan lain. – Agensi/Kosmo Online