Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Mahfuz Hina Yang Di-Pertuan...

KUALA LUMPUR - Ketaksuban pemimpin PAS pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar ke atas...

Jejaka Perancis Jadi Dewa...

SINGAPURA - Jangan terperanjat jika anda secara tiba-tiba disapa oleh seorang jejaka warga...

Sokong Mahathir Tak Bermaksud...

GEORGETOWN - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta kenyataannya menyokong...

Mayat Berbaju Tidur Dijumpai...

Penemuan mayat wanita berpakaian baju tidur berlumuran darah menggemparkan penduduk Kondominium Prima Setapak...

Kapal Korek Pasir Ditahan Maritim Selangor

SHAH ALAM – Sebuah kapal korek yang didaftarkan di Republik Palau ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Selangor kerana disyaki beroperasi tanpa kebenaran di perairan Selangor, pukul 11.15 pagi semalam.

Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata kapal berkenaan ditahan di kedudukan kira-kira 2.4 batu nautika barat daya, Muara Sungai Ayer Hitam dekat sini, oleh pasukan peronda yang sedang melakukan ‘Op Ehsan’.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut Maritim mendapati kapal korek pasir itu beroperasi tanpa kebenaran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“Lima lelaki warganegara China berumur lingkungan 33 hingga 55 tahun turut ditahan dan pemeriksaan mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mohammad Rosli kapal korek itu kemudian diiringi ke Selat Lumut, Pelabuhan Klang, dan diarah bersauh untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – BERNAMA

Kategori