Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Creacion’ Jenama Pakaian Keluaran...

BUAT peminat setia Datuk Siti Nurhaliza, anda kini sudah boleh memiliki koleksi pakaian...

Mak Nyah Dibelasah Hingga...

MENGEJUTKAN….seorang mak nyah telah dibelasah hingga maut di Brazil dan menjadi transgender kelima...

Inkues: Balu Mejar Zahir...

KUALA LUMPUR - Balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya reda terima sebarang keputusan...

Polis Kesan Individu Letak...

GEORGE TOWN - Polis sedang mengesan individu yang dipercayai meletakkan tiga buah kotak...

KBS Pertimbang Insentif Buat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan mempertimbangkan untuk memberikan insentif kepada barisan skuad bola sepak Harimau Malaya sekiranya mereka berjaya menjulang Piala Suzuki AFF 2018 nanti.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata kementeriannya tidak mempunyai halangan memperuntukkan insentif atas rekod dan aksi cemerlang pemain sepanjang kejohanan berkenaan berlangsung.

“Saya rasa perkara itu (insentif) tidak ada masalah, yang penting adalah kita memberi sokongan kepada pemain kita.

“Fokus kita sekarang adalah kepada perlawanan, imbuhan itu kita bincang kemudian dan saya rasa tiada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Malaysia bakal berdepan Vietnam dalam perlawanan akhir pertama malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebelum bertandang ke gelanggang pasukan Naga Emas itu Sabtu ini.


Sim berharap pemain menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan dan mampu memberi perlawanan yang terbaik malam ini.

“Matlamat utama yang ada dalam hati dan jiwa mereka adalah sama dengan seluruh rakyat Malaysia iaitu untuk berjuang habis-habisan,” katanya. – BERNAMA

Kategori