Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hanez Suraya Mahu Tinggalkan...

SEJAK mendirikan rumah tangga boleh dikatakan jarang kita lihat Hanez Suraya muncul dalam...

Jiwa Murni Erat Muafakat...

ATAS rasa tanggungjawab sosial, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Yayasan Sahabat Bina...

Remaja Dihukum Sebatan Ringan...

Johor Bahru : Seorang remaja dihukum sebatan ringan tujuh kali rotan oleh Mahkamah...

Peguam Khas Bela Budak...

KUALA LUMPUR - Penyediaan peguam khas di Mahkamah Syariah untuk membela nasib kanak-kanak...

Kedudukan Kewangan PASB Kurang Stabil, Tadbir Urus Kurang Memuaskan

KUANTAN – PKNP Agro-Tech Sdn Bhd (PASB) yang dimiliki sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ditegur ekoran kedudukan kewangan kurang stabil dan amalan tadbir urus yang kurang memuaskan.

​Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini, PASB mencatatkan kerugian sebelum cukai bagi tiga tahun kewangan berturut-turut iaitu RM0.64 juta pada 2015, RM1.15 juta (2016) dan RM0.26 juta (2017).

“Peningkatan kerugian pada 2016 disebabkan peningkatan perbelanjaan bagi kos jualan dan kos kewangan. Penurunan kerugian pada 2017 disebabkan peningkatan dalam jumlah pendapatan yang diperoleh pada tahun itu,” menurut laporan itu.

PASB ditubuhkan pada 26 Ogos 2010 dengan 90 peratus pendapatan diperoleh daripada aktiviti perladangan kelapa sawit dan setakat akhir 2017, PASB mempunyai tiga ladang iaitu Ladang Mukim Ganchong seluas 1,930 hektar, Ladang Sebayan (405 hektar) dan Ladang Ulu Tembeling (8,094 hektar).

Bagaimanapun, setakat ini, hanya 908 hektar tanaman di Mukim Ganchong mula mengeluarkan hasil manakala bakinya belum matang, dan proses pembangunan Ladang Sebayan siap ditanam pada April 2017 sementara Ladang Ulu Tembeling dibangunkan pada Oktober 2015.

Laporan itu juga menyifatkan pengurusan aktiviti perladangan kelapa sawit oleh PASB sebagai kurang cekap kerana pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) pada tahun 2016 dan 2017 tidak mencapai sasaran ditetapkan iaitu hanya 83.1 peratus dan 72.2 peratus.


Selain itu, laporan itu juga menegur cara penyimpanan baja tidak sempurna yang membawa risiko kerosakan dan kecurian, seperti disimpan di bangsal tidak berdinding dan hanya ditutup dengan kanvas.

PASB pada 18 Julai memaklumkan kegagalan mencapai sasaran BTS ekoran kawasan kelapa sawit matang dilanda banjir pada Januari hingga Februari 2016 dan Oktober 2016 hingga Februari 2017, menyebabkan kerja penuaian tidak dapat dilakukan.

Manakala pada 29 Ogos, PASB menjelaskan kedudukan kewangannya belum stabil pada masa kini kerana ladang masih di peringkat awal pembangunan di mana pengeluaran hasil kelapa sawit hanya dapat dilihat empat tahun selepas penanaman.

PASB menambah, pelan cadangan pembinaan stor ladang telah disediakan bagi perancangan pembinaan pada pertengahan tahun hadapan. – BERNAMA

Kategori