Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO Fail Permohonan Batal...

KUALA LUMPUR - UMNO memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas ahli Wanita...

Rakyat Kedah Berpesta Terima...

ALOR SETAR - Suasana di Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah, kira-kira 12km...

Tuan Ibrahim Angkuh, Kata...

Walaupun ramai pihak termasuk UMNO sendiri dilihat terbuka dalam isu kerjasama dengan PAS,...

Tamak Nak Bolot Banglo...

BEIJING - Taikun China yang mahu berbakti kepada penduduk kampungnya selepas menjadi jutawan,...

Kedudukan MB Johor Tidak Perlu Dibangkitkan

KULAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menegaskan jika terdapat usaha melobi atau menjatuhkan Menteri Besar, ia bukan sahaja tidak baik untuk individu, bahkan negeri secara keseluruhannya.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kedudukan Menteri Besar Johor tidak seharusnya dibangkitkan demi memastikan kestabilan politik di negeri itu terutama dalam usaha memantapkan kedudukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, jika ada sesuatu perkara berbangkit, ahli atau parti komponen boleh menyuarakan perkara itu dalam saluran betul yang diunjurkan setiap parti antaranya seperti penganjuran konvensyen.

“Dari sudut saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar (Datuk Osman Sapian) sudah menjalankan tugas dengan baik, memanglah sebagaimana Menteri Besar negeri lain yang menghadapi banyak cabaran, masih lagi peringkat baru dan perlu teliti banyak perkara.

“Bagi menentukan politik di negeri ini stabil, kedudukan Menteri Besar tidak seharusnya dibangkitkan, lagipun kita ada peraturan-peraturan, kalau berbangkit dalam parti boleh menyalurkan dalam parti seperti konvensyen. Ini satu daripada cara.

“Kita mengamalkan dasar demokratik terbuka, tetapi kalau ada usaha-usaha untuk buat itu ini, ia tidak baik bukan sahaja untuk individu, tetapi negeri Johor. Jadi kita perlu terima, bagi saya Datuk Osman sudah buat apa yang terbaik setakat hari ni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu wujud cubaan melobi seorang EXCO di negeri itu untuk dijadikan Menteri Besar pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen PPBM Johor 2018 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi PPBM dan PH negeri, Datuk Osman Sapian.

Muhyiddin berkata, beliau tidak menafikan Osman pernah beberapa kali bertemu dengannya bagi membincangkan pelbagai perkara bersama.


“Adalah satu, dua perkara yang saya bincang bersama beliau (Osman). Beliau pernah datang jumpa saya, Perdana Menteri untuk dapatkan panduan, itu satu perkara yang saya fikir baik.

“Jadi rakyat perlu beri sokongan supaya kerajaan PH Johor mantap. Itu bagi saya amat mustahak,” katanya.

Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan istana sedar ada pihak cuba melobi salah seorang EXCO kerajaan negeri dalam cubaan untuk menggantikan Osman.

TMJ, dalam akaun Twitternya, berkata: “Anda bukan seorang Perdana Menteri. Apa yang membuatkan anda berfikir dengan cuba melobi seseorang menjadi Menteri Besar yang boleh menjadi boneka anda, anda boleh kawal Johor?

“Anda melobi seorang EXCO kami menjadi Menteri Besar. Kami tahu itu. Ini bukan lagi 1992. Negeri Johor masih ada Sultan yang memerintah,” katanya. – BH ONLINE

Kategori