Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bila Media Sosial Jadi...

KERAJAAN baharu Malaysia telah menunjukkan yang ia sangat memerlukan sokongan daripada pasukan tentera...

Video: Lima Kali Ditikam...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki cedera di bahagian bahu kiri, dada dan belakang...

Kerani Wanita Pecah Amanah...

MIRI - Polis menahan seorang kerani sebuah syarikat perladangan kelapa sawit semalam kerana...

FBI Sahkan Pengganas Paling...

WASHINGTON - Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) mengesahkan hari ini bahawa Zulkifli...

Kejayaan Himpunan 812 Jadi Asas Agenda Kerjasama UMNO-PAS

HIMPUNAN umat yang berjaya dijalankan semalam wajar menjadi asas kepada kerjasama lebih rapat dan terarah dalam kalangan umat Islam, terutama melibatkan parti Melayu utama UMNO dan PAS.

Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam kenyataan terbarunya hari ini.

Katanya, jumlah kehadiran ramai umat Islam itu boleh dianggap bukan sahaja untuk membatah konvensyen antarabangsa itu, tetapi merupakan tanda kebimbangan terhadap sikap kerajaan Pakatan Harapan yang semakin menjejaskan kedudukan Islam dan Melayu di negara ini.

“Kehadiran yang begitu besar umat Islam dilihat bukan sahaja berkenaan dengan bantahan ICERD tetapi merupakan manifestasi kebimbangan rakyat terhadap pelbagai tindak tanduk kerajaan hari ini yang mula menghakis kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Menurut Asyraf, kehadiran ratusan ribu umat Islam dari seluruh negara untuk menghadiri perhimpunan semalam memberi gambaran harapan mereka untuk bekerjasama “membentuk gabungan mantap bagi mempertahankan kepentingan Islam, Melayu dan rakyat keseluruhannya sebagaimana ketika pembentukan Barisan Nasional pada 10 Julai 1974.”

Beliau menyeru agar kalangan kepimpinan kedua-dua parti UMNO dan PAS menubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat dengan lebih terperinci agenda kerjasama antara kedua-dua parti.

“Justeru sudah tiba masanya untuk kepimpinan tertinggi kedua-dua parti politik terbesar yang mewakili Melayu dan Islam khususnya UMNO dan PAS untuk membentuk jawatankuasa bersama bagi memperhalusi segala agenda yang melibatkan kepentingan survival politik Islam dan Melayu,” tegas Asyraf.


“Jawatankuasa ini juga boleh berperanan menangani apa jua isu-isu berbangkit dalam mencari kesefahaman dan membina kerjasama konkrit bagi membentuk gabungan Pembangkang yang kuat terutamanya mewakili suara Islam dan Melayu,” kata Ketua Pemuda UMNO ini.

Kerjasama ini kata Asyraf tidak sepatutnya dirisaukan oleh parti-parti komponen BN kerana kerjasama yang pernah terjadi dalam sejarah ini boleh mengukuhkan blok pembangkang untuk menghadapi PH dalam PRU15.

“Kerjasama UMNO-PAS juga tidak seharusnya dikhuatirkan parti-parti komponen BN kerana hakikatnya kerjasama ini akan mampu mengukuhkan lagi keduduhan blok pembangkang bagi menghadapi Pakatan Harapan menjelang PRU ke-15 akan datang sebagaimana pernah berlaku pada 1974,” katanya. – Mynewshub.tv

Kategori