Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lil Bub Sudah Tiada

INDIANA - Lil Bub, seekor kucing betina yang mempunyai berjuta-juta pengikut di laman...

Kes Saman Vivy: Netizen...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang netizen yang disaman Datin...

Kes Covid-19 Di AS...

NEW YORK - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat mencecah 1,201,337 pada...

Tak Boleh Kurangkan Pengambilan...

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak boleh sesuka hati mengurangkan bilangan doktor dan anggota...

Kelemahan Dolar Bantu Ringgit Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR – Ringgit kekal tinggi berbanding dolar AS hari ini bagi tiga hari berturut-turut apabila apabila kelemahan dolar AS meransang permintaan terhadap mata wang selamat lain dan juga mata wang negara sedang pesat membangun, kata para peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1600/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1660/1700 pada paras penutup Khamis.

Seorang peniaga berkata satu lagi sesi dagangan yang turun naik di Wall Street malam tadi berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan ekonomi global dan pasaran ekuiti yang tidak stabil telah memberi tekanan kepada dolar AS.

“Sentimen pelabur dalam kelas aset berisiko telah mereda dan ini memberikan kelebihan kepada mata wang lain, terutamanya mata wang selamat seperti yen dan mata wang negara sedang pesat membangun,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata kenaikan dalam pasaran tempatan dibantu sebahagiannya oleh pemulihan harga minyak dengan minyak mentah Brent melonjak 2.56 peratus kepada US$54.08 setong (semasa tempoh dagangan Asia).


Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7521/7559 daripada 3.7576/7618 pada Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.2599/2641 daripada 5.2600/2667.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0341/0374 daripada 3.0329/0369 dan turun berbanding euro kepada 4.7599/7650 daripada 4.7459/7521. – BERNAMA

Kategori