Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

RUU Berkaitan Keselamatan Negara...

KUALA LUMPUR - Beberapa pindaan dan pemansuhan akta berkaitan keselamatan negara akan dibentangkan...

Hudud: Sabah, Sarawak Mungkin...

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor berpendapat, Sabah dan Sarawak berkemungkinan...

Inflasi Keseluruhan Dijangka Kekal...

KUALA LUMPUR - Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini,...

KTMB Lancar Tren Shuttle...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memulakan perkhidmatan tren ulang...

Keluarga Terima Sumbangan Tabung #Saveadibkassim

ALOR SETAR – Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini menyerahkan hasil kutipan sumbangan tabung #SaveAdibKassim yang merupakan inisiatif SinarOnline berjumlah RM47,209.64 kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini.

Sumbangan dalam bentuk cek itu disampaikan Timbalan Pengerusi Karangkraf Datuk Muhammad Nasir Hamzah kepada bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abd Hamid, 63, di kediaman keluarga itu di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini.

Muhammad Nasir ketika ditemui pemberita selepas penyampaian sumbangan itu berkata tabung yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu itu bertujuan membantu meringankan beban keluarga Allahyarham menghadapi situasi sukar itu.

“Selepas dapat tahu kes Muhammad Adib dipukul dan dimasukkan ke hospital, kami terus lancar tabung ini keesokan harinya iaitu pada mulanya untuk bantu ringan beban keluarga daripada segi memenuhi keperluan perubatan Allahyarham, tetapi sebaliknya berlaku, sekarang kita serah sepenuhnya kepada keluarganya,” katanya.

Beliau berkata hasil kutipan sumbangan itu menunjukkan keprihatinan rakyat negara ini yang berhasrat dengan seikhlas hati untuk membantu Muhammad Adib sekeluarga sehinggakan masih ada pihak yang menyumbang lagi ke dalam tabung itu meskipun kutipan sumbangan itu telah dihentikan secara rasmi sejak empat hari lalu.

Sementara itu, ibu Muhammad Adib, Asma Aziz, 51, berkata dia mengucapkan terima kasih kepada Karangkraf serta semua pihak termasuk rakyat negara ini yang menyumbang ke dalam tabung itu bagi membantu keluarganya berhadapan keadaan sedih kehilangan anak keduanya daripada empat beradik tu.


“Sumbangan ini kemungkinan mak cik hendak buat (upah) haji untuk Muhammad Adib dan bersedekah serta wakaf atas namanya,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam Isnin lepas selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 27 Nov lalu.

Jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini kira-kira 1.45 tengah hari Selasa. – BERNAMA

Kategori