Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Netizen ‘Bengang’ Blogger Tak...

RASANYA semua orang di Alam Melayu kenal siapa Aaron Aziz, tetapi masih berkemungkinan...

Pemain Muda Kelab England...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sedang menguji pemain muda...

Semua Aspek Diambil Kira...

LUMUT - Kerajaan sentiasa menitikberatkan semua aspek termasuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar...

Bunuh Nur Farah: 7...

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini menetapkan 7 Okt untuk penyerahan laporan...

Kembalikan Kuasa Kepada Perhubungan Negeri Bantu Dengan Baik

JOHOR BAHRU – Mengembalikan kuasa kepada Badan Perhubungan Umno negeri dilihat mampu membantu setiap bahagian mentadbir dan mencapai keputusan dengan baik di peringkat negeri masing-masing.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin percaya keputusan Pemangku Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan juga membolehkan tanggungjawab di semua peringkat dapat dijayakan dengan baik sekaligus mencapai kata sepakat dan saksama antara kepimpinan dan anggota.

“Misalnya dalam soal pendaftaran, permohonan keanggotaan dan disiplin parti, kalau diturunkan ke hubungan dan bahagian saya percaya perkara-perkara itu dapat diatasi dan ditangani dengan baik.

“Sebagai sebuah parti politik, kita bukan seperti kerajaan ataupun syarikat yang tiap-tiap hari bekerja, jadi atas sebab itu bila kita ada pembahagian tugas dan tanggungjawab, ia boleh bawa kebaikan kepada UMNO kerana anggota kita ramai dan cawangan banyak,” katanya kepadanya pemberita selepas merasmikan program “I’m Ready For School” anjuran Johor Volunteer, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Mohamad untuk memberi kuasa kepada negeri bagi menyusun strategi bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15.


Mengulas mengenai persepsi sesetengah pihak yang mengatakan kepimpinan tertinggi UMNO masih dibayangi kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mohamed Khaled berkata masih terlalu awal untuk menilai kredibiliti Timbalan Presiden UMNO itu.

“Biarlah Tok Mat (Mohamad Hasan) jalankan tugasnya dengan sokongan kami, saya percaya tindakan Presiden (mengumumkan keputusan menyerahkan tugas presiden kepada timbalannya) adalah ikhlas untuk kepentingan parti, orang Melayu dan Islam.

“Persepsi ini dibangkitkan oleh musuh UMNO dan pihak yg tidak mahu UMNO pulih kembali,” katanya. – BERNAMA

Kategori