Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

MARA Sasar Lahir 40,000...

KANGAR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan untuk melahirkan 40,000 usahawan baharu dalam...

Kes Bunuh 3 Penuntut...

KES pembunuhan menyayat hati tiga pelajar Muslim yang ditembak semalam telah memilukan hati...

Banjir: Maklumat Palsu Rencatkan...

KUALA LUMPUR - Penyebaran maklumat palsu berkaitan banjir melalui media sosial perlu dihentikan...

Izin Suami Kahwin Lain...

PELIK bin ajaib!Iyelah, wanita manalah yang rela hati mengizinkan suami berkahwin dengan wanita...

Kena Sebat Kerana Berjudi

ACEH TIMUR – Sekumpulan lelaki yang ditangkap kerana berjudi dihukum sebat di khalayak ramai di sini, hari ini.

Aceh adalah satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengamalkan undang-undang Syariah dan melaksanakan hukuman sebat untuk jenayah seperti mencuri, judi dan zina.

Enam lelaki terbabit ditahan awal tahun ini di sebuah kafe internet ketika sedang berjudi dalam talian. Mengikut undang-undang Syariah, setiap pesalah akan menerima tujuh hingga 11 sebatan.

“Mereka telah melanggar undang-undang Islam dengan terbabit dalam perjudian,” kata ketua unit jenayah umum, Muliana di pejabat pendakwa tempatan, kepada AFP.

Aceh mengamalkan undang-undang syariah selepas diberi autonomi khusus pada 2001, satu usaha oleh pemerintah pusat untuk menamatkan pemberontakan oleh kumpulan pemisah.


Kumpulan hak asasi manusia menyifatkannya sebagai satu kekejaman dan Presiden Indonesia Joko Widodo menggesa agar ia dimansuhkan.

Bagaimanapun, amalan ini disokong kebanyakan penduduk Islam di Aceh, kira-kira 98 peratus daripada lima juta penduduknya yang mengamalkan Islam.

Awal tahun ini, Aceh berkata hukuman sebat hanya akan dilaksanakan di dalam penjara pada masa akan datang, tetapi beberapa kerajaan tempatan masih meneruskan hukuman sebatan di khalayak ramai. – AFP/myMetro Online

Kategori