Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Orang Terengganu Percaya Tidak...

KUALA LUMPUR - "Masih ada orang Islam di Terengganu percaya bahawa orang UMNO...

30 Cedera Gempa Bumi...

DUBAI - Gempa bumi 5.5 magnitud melanda barat Iran berhampiran sempadan Iraq, semalam,...

Jutaan Telefon Bimbit AS...

WASHINGTON - Jutaan telefon bimbit di Amerika Syarikat (AS) berbunyi semalam ketika ujian...

Pembantu Penguat Kuasa Dibebaskan...

PUTRAJAYA - Seorang pembantu penguat kuasa di sebuah kementerian yang direman bagi membantu...

Keputusan Meninggalkan UMNO Dibuat Secara Bersama

KOTA KINABALU – Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun yang turut mengumumkan keluar UMNO hari ini berkata keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama demi kebaikan rakyat di Sabah.

Anggota Parlimen Beaufort itu, yang kini menjadi ahli bebas, berkata keputusan itu adalah yang terbaik kerana ia dibuat secara bersama dengan bekas anggota UMNO lain.

“Kita sebagai satu pasukan dan ini adalah keputusan bersama dan tidak lari secara individu,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman keluar daripada parti itu di sini, hari ini.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Hajiji Noor hari ini mengumumkan keluar UMNO bersama beberapa anggota Parlimen, Adun, Senator dan Pemuda UMNO untuk menjadi ahli bebas.

Sementara itu, Adun Lumadan, Matbali Musah berkata sebagai wakil rakyat yang mendahulukan kepentingan rakyat, keputusan itu adalah tepat pada masanya.


Beliau berkata rakyat khususnya di kawasan Lumadan memerlukan pembaharuan bagi mengatasi masalah yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan.

“Kami yakin ini adalah keputusan yang tepat bagi memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori