Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari Malaysia Lebih...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan sambutan Hari...

BN Belum Tentukan Siapa...

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) belum membuat ketetapan berhubung kerjasama yang akan dimeterai...

Mayat Pekerja Ladang Hilang...

KINABATANGAN - Mayat pekerja ladang yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Jeroco...

Jana Pendapatan RM11.5K Ajar...

SIAPA sangka terdapat pekerjaan yang 'mengkhususkan' pengajaran untuk mendidik anak-anak kecil berdikari menggunakan...

Kerajaan Johor Tak Akan Sewakan Aset JKR Yang Dikatakan Terbiar

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri Johor buat masa ini tidak akan menyewakan sebahagian aset Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor yang dikatakan dalam keadaan terbiar dan tidak digunakan kepada mana-mana pihak, seperti mana yang disyorkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Mazlan Bujang berkata langkah itu diambil setelah mengambil kira aset masih diperlukan oleh pihaknya untuk melaksanakan kerja-kerja kecemasan seperti ketika negeri ini berhadapan insiden jalan runtuh.

“Ya, memang ada sebahagian jentera-jentera itu tidak digunakan sepenuhnya tetapi kita perlu ‘simpan ’ kerana kalau ada kes-kes kecemasan, kita tidak boleh mengharapkan kontraktor-kontraktor daripada syarikat konsensi kerana di dalam perjanjian konsensi, skop kerja ini (kerja kecemasan) tidak termasuk.

“Jadi jentera-jentera seperti pengorek-kaut dan pemadat guling amat diperlukan untuk kerja-kerja ad hoc,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Johor Centre for Construction Development (JCCD) dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara JCCD dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di pejabat JCCD di Pusat Komersial Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Mazlan berkata demikian ketika mengulas saranan Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 supaya JKR negeri ini menyewakan sebanyak 29 aset yang terbiar dan tidak digunakan kepada jabatan, agensi atau syarikat yang memerlukan.


Menurut laporan itu, aset berkenaan yang berjumlah RM2.31 juta merangkumi pelbagai jenis antaranya jentera “Back Hoe Loader Case Super M”, “Komatsu Grader”, “Roller New Holland” dan Mesin Ujian Premis.

Sebanyak lapan daripadanya adalah milik JKR Daerah Kota Tinggi, 11 aset milik JKR Daerah Mersing dan 10 lagi aset milik JKR Daerah Segamat.

Semua aset dikatakan diperoleh JKR Johor untuk kegunaan kerja-kerja penyelenggaran jalan namun didapati tidak digunakan dan terbiar selepas kerja penyelenggaraan diswastakan kepada dua syarikat konsesi iaitu Amona Infra Care Sdn Bhd dan Teto Engineering Sdn Bhd. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JKR

Kategori