Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

1MDB: Najib Beri Keterangan...

PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai memberi keterangan...

Sarawak, Seperti Sabah, Akan...

KUCHING - Sarawak, seperti Sabah, akan terus menyokong dengan sepenuh hati kepimpinan Perdana...

Najib Ulangi Desakan Agar...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi desakannya...

Gunung Semeru Di Indonesia...

JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam...

Kerajaan Negeri Perak Disaran Jual MAPS

IPOH – Kerajaan negeri disaran supaya menjual taman tema Movie Animations Park Studios (MAPS) di sini sebagai usaha untuk mengurangkan beban kewangan pihak pentadbiran.

Menyarankan demikian, Anggotan Dewan Undangan Negeri (Adun) Aulong, Nga Kor Ming berkata penjualan taman tema itu hendaklah dibuat secara tender terbuka supaya ia boleh diurus oleh pihak yang berpengalaman untuk menjana lebih banyak keuntungan.

Nga yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, ”Kerajaan negeri tiada masa dan kepakaran untuk uruskan, oleh itu saya dengan rendah hati syorkan supaya taman tema ini dijual… supaya kerajaan negeri tidak perlu membawa (menanggung) hutang ini, jika tidak (jual) hutang (akan) menggunung.

”Ini selaras dengan saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berulang kali menyatakan kerajaan tidak harus terlibat dalam perniagaan, kerajaan hendaklah memudahkan dan bukan menyusahkan.

“Bila saja kerajaan terlibat dalam bisnes, ia akan menjadi penghalang besar. Keadaan sebegini amat tidak sihat,” kata Nga dalam sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

MAPS merupakan projek Perak Corporation Berhad iaitu sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan mula dibuka pada orang ramai pada Jun 2016.


Nga yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak berkata sejak dibuka sehingga kini, MAPS hanya menerima 120,000 pengunjung berbanding sasaran kerajaan terdahulu yang menetapkan 2 juta orang setahun.

”Kerajaan negeri sedang cuba menyelamatkan MAPS tapi laporan maklumat yang saya terima pilihan terbaik ialah kita hentikan kerugian

”Kalau kita tidak hentikan kerugian, kita akan tanggung hutang lebih besar. Jika mereka beri kepada (syarikat), syarikat boleh raih untung seperti the Lost World of Tambun dan Sunway Lagoon sebab usaha mereka memang dalam bidang ini,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAPS

Kategori