Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

EPL: City Benam Chelsea,...

MANCHESTER - Pasukan Manchester City mengutip mata penuh dalam aksi kedua Liga Perdana...

“Serangan Ke Atas Amerika...

NEW YORK - Korea Utara mengeluarkan amaran bahawa serangan roket ke atas bumi...

Wanita Warga Emas Maut...

KULAI - Seorang wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar pada leher...

Ulat Parkir KL ‘Naik...

KUALA LUMPUR - Bayar atau cermin kereta pecah! Itu ugutan 'ulat parkir' yang...

Kerajaan PH Terus Membebankan Rakyat

Manifesto Pakatan Harapan adalah untuk menstabilkan harga minyak. Rakyat seluruh Malaysia termakan dengan janji manis tersebut dan memenangkan Pakatan Harapan sehingga menjadi kerajaan. Namun, kerajaan seharusnya membantu rakyat, bukan terus membebankan rakyat.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia memandang serius kesusahan yang terpaksa dilalui oleh rakyat pada hari ini. Dengan isu barang naik yang masih tidak berkesudahan, walaupun dengan sistem cukai SST, rakyat kini dibebankan dengan harga minyak yang tidak turun. Walhal, harga minyak dunia turun sehingga paras USD60 untuk 1 barrel.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia telah membuat pengiraan RON 95 berdasarkan harga minyak dunia terkini. IKATAN dan PAS di dalam Pemuda Gagasan Sejahtera terdiri daripada golongan profesional yang mampu membuat pengiraan tersebut, tanpa bantuan pihak Pakatan Harapan, seperti dihebahkan oleh Rafizi Ramli. Untuk mendapatkan harga 1 liter RON 95, pengiraan tersebut termasuklah harga kos áctual refined oil'(berdasarkan harga MOPS), alpha, kos operasi, margin syarikat minyak, dan margin pembekal/pengusaha stesen minyak.

Berdasarkan harga MOPS dari bulan Oktober ke Disember, harga minyak 1 barrel telah jatuh dari USD 82 kepada USD 60 1 barrel, selepas memasukkan kesuluruhan kos dan margin keuntungan, harga minyak dianggarkan RM 1.90 untuk seliter. Ini menunjukkan bahawa rakyat telah membayar 30 sen setiap liter kepada kerajaan Pakatan Harapan sejak November 2018.

Setelah membuat pengiraan lebih terperinci, kerajaan sebebnarnya tidak perlu membayar subsidi minyak apabila harga minyak USD 70 sejak 8 November 2018. Kerajaan sebenarnya mempunyai masa selama 2 BULAN untuk memberitahu rakyat dan mengurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak di stesen minyak, tetapi YB Menteri dan Kerajaan memilih untuk diam membisu dan menindas rakyat.


Dewan Pemuda IKATAN Malaysia mewakili Pemuda Gagasan Sejahtera menggesa YB Menteri bersikap telus dan prihatin dengan kesusahan yang dialami rakyat. Kami menggesa harga minyak diturunkan mengikut perkiraan harga minyak dunia. Pemuda Gagasan Sejahtera juga melihat Pemuda HARAPAn diam membisu dengan isu sebegini. Hal ini hanya dibangkitkan oleh golongan ‘senior’ Pakatan Harapan seperti Rafizi Ramli, yang tidak mempunyai jawatan di dalam Pakatan Harapan. Adakah Pemuda HARAPAN tidak pandai membuat pengiraan sebegini? Kami di Pemuda Gagasan Sejahtera boleh membantu di dalam kerajaan.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN
Bangsa Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua Pemuda
Gagasan Sejahtera – Mynewshub.cc

Kategori