Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

7 Kes Baharu Positif...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat tujuh kes baharu positif COVID-19 dikesan hari...

Rasuah: Pengurus, 6 Anggota...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus pembangunan perniagaan anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu bersama...

Pengundian PRK Tanjung Piai...

PONTIAN - Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka dari jam 8...

Harga Minyak RON97 Naik...

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi minyak petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter...

Kerajaan Selangor Berdukacita Atas Pemergian Muhammad Adib

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor berdukacita atas pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur malam ini.

Menteri Besar Amirudin Shari turut merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham.

“Saya mengulangi keyakinan saya akan kemampuan pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara untuk menyempurnakan siasatan terhadap kes ini.

Sekiranya terbukti wujudnya elemen jenayah maka saya berharap penjenayah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya atas tindakan tidak berperikemanusiaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah selepas diserang dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas.

Semalam, IJN dalam kenyataan menjelaskan keadaan kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas. – BERNAMA

Kategori