Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pakar Bimbang Hutang Negara...

PETALING JAYA - Pakar ekonomi menggesa Putrajaya mengurangkan perbelanjaan dengan memetik angka Bank...

Tam Suka Kopi O,...

ALOR SETAR - Kebiasaan makanan lembu adalah rumput atau dedak, namun bagi seekor...

Siti Terkilan Blogger Sengaja...

Hanya ingin menarik perhatian pengguna untuk mengakses laman blog mereka, ada segelintir blogger...

Puteri Balqis Warning Minah...

ALAHAI, tak faham sungguh kami mengapa akaun Instagram pelakon cilik, Puteri Balqis dijadikan 'medan...

Kerajaan Teroka Sumber Baharu Perkasa Instrumen Wakaf

KUALA LUMPUR – Kerajaan berusaha meneroka sumber dan cara baharu bagi memperkasa instrumen wakaf di negara ini agar manfaatnya dapat dinikmati sepenuhnya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Beliau berkata masih banyak boleh dilakukan kementerian untuk memajukan institusi wakaf di negara ini, yang pada pandangan beliau, kurang diberi tumpuan kerajaan terdahulu.

“Tanpa meletakkan kesalahan kepada sesiapa, saya rasa pihak kementerian sebelum ini tidak betul-betul beri tumpuan, dan tanpa meletak kesalahan kepada sesiapa saya rasa lebih banyak lagi yang boleh kita lakukan.

“Ini kerana Jabatan Waqaf Malaysia dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) boleh melihat bagaimana nak melibatkan diri dan cari jalan untuk mengembangkan instrumen-instrumen wakaf dan yayasan wakaf pula boleh cari dana tersebut,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai usaha kerajaan untuk meneroka sumber-sumber baharu wakaf.

Menurut Fuziah, hal ehwal agama Islam terletak sepenuhnya di bawah kuasa Sultan di setiap negeri dan mewakilkan kuasa kepada majlis agama Islam negeri-negeri yang bertanggungjawab mengendalikan urusan tersebut termasuk pengurusan wakaf.


“Kementerian melalui agensi terlibat sentiasa berunding dengan pihak berkuasa agama negeri-negeri demi memaksimumkan penggunaan sumber wakaf berkesan dan memberi manfaat signifikan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai perancangan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran rakyat khususnya umat Islam tentang kepentingan harta wakaf, Fuziah berkata kementerian sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri.

“Kerajaan sentiasa mencari jalan berunding dengan kerajaan negeri di bawah majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri bukan sahaja dalam aspek wakaf tetapi banyak lagi aspek melibatkan enakmen-enakmen.

“Apabila tiada keseragamanan antara negeri dan (kerajaan) Pusat, menjadi mangsa ialah orang ramai, tapi kita harus cari jalan bagaimana kita nak melibatkan diri, nak runding dan bekerjasama demi kemaslahatan ummah, inilah kami di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal Islam ini sedang lakukan,” katanya. – BERNAMA

Kategori