Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Kota Kinabalu Tahan...

KOTA KINABALU - Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan...

Babi Serang, Kunyah Kepala...

JIANG – Malang menimpa seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun, Wei Tsao apabila...

Jangan Tunjuk Hebat Bila...

SERDANG - Pegawai-pegawai pengembang selaku barisan hadapan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Dividen 7 Sen, Bonus...

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengumumkan agihan pendapatan untuk Amanah Saham...

Kes Pecah Rumah Di Kelantan Meningkat

KOTA BHARU – Kes jenayah pecah rumah di negeri ini meningkat sebanyak 18.6 peratus tahun ini iaitu 630 kes sehingga semalam berbanding 530 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata peningkatan sebanyak 100 kes itu disebabkan pelbagai faktor.

Katanya, beliau masih tidak berpuas hati kerana jenayah pecah rumah masih meningkat, sedangkan indeks jenayah keseluruhan di Kelantan tahun ini sehingga semalam menurun kepada 3,730 kes berbanding pada tempoh yang sama tahun lalu 4,286 kes.

“Indeks jenayah berkenaan menunjukkan penurunan sebanyak 13 peratus. Faktor utama yang mendorong kes jenayah turun kerana polis membuat tangkapan terhadap penagih dan pengedar dadah sebanyak 16,456 kes.

“Polis sentiasa membuat rondaan, pemantauan dan tangkapan kepada penjenayah bagi mengurangkan kadar jenayah dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Pada perhimpunan itu empat pengamal media menerima sijil penghargaan termasuk jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Syamsi Suhaimi.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, kejadian jenayah menyebabkan tiada keharmonian dalam masyarakat.


Katanya, pihaknya sentiasa mengembeling tenaga untuk mengurangkan kadar jenayah terutama kes pecah rumah.

“Kes pecah rumah menyebabkan mangsa kehilangan harta benda dan barang berharga termasuk emas dan wang tunai.

“Kita mensasarkan tahun hadapan kes jenayah akan terus menurun sebanyak 10 peratus,” katanya. – BH ONLINE

Kategori