Thursday, January 9, 2025

Creating liberating content

Ikut Langkah Safiey Kembali...

YAN - Golongan transgender atau mak nyah perlu mengikuti jejak langkah Safiey Ilias...

Ringgit Terus Turun, 4.27...

KUALA LUMPUR - Ringgit terus turun berbanding dolar AS pada awal dagangan hari...

Video: Taktik Curi ‘Sopan...

DUA klip video memaparkan bagaimana penjenayah menggunakan taktik licik untuk mencuri di stesen...

Penjawat Awam Melaka Dapat...

ALOR GAJAH - Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri RM1,000...

Kesihatan Muhammad Adib Semakin Merosot

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Institut Jantung Negara (IJN), dalam kenyataan berhubung perkembangan terkini Muhammad Adib berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

“Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya. Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan perkembangan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

“Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan. Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” jelas kenyataan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Adib

Kategori