Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PRK Dun Chempaka: SPR...

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890...

COVID-19: Kluster Apas Dikesan...

PUTRAJAYA - Satu kluster baharu dikesan di Selangor iaitu Kluster Apas yang kini...

Pemimpin Pembangkang Russia, Boris...

MOSCOW - Pemimpin pembangkang Russia, Boris Nemtsov ditembak mati di tengah Moscow tengah...

NS Peruntuk RM33,000 Bina...

SEREMBAN - Kerajaan negeri akan memberi peruntukan sebanyak RM33,000 kepada seorang warga emas...

Khabib Berang, Marah Wartawan Tanya Soalan

JUARA Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov secara terbuka mengakui bangga dengan darah Dagestani yang mengalir dalam dirinya.

Namun, dia juga mewakili negara Russia secara keseluruhanya.

Dalam satu temubual baru-baru ini, Khabib ternyata berang apabila dia diajukan soalan oleh wartawan mengenai asal-usul keturunannya.

“Adakah Khabib mewakili Republik Dagestan atau untuk negara Russia?” soal wartawan berkenaan.

Berang dengan soalan itu, Khabib lantas memberi jawapan kepada wartawan berkenaan.

“Saya sentiasa mewakili Russia. Sentiasa ada bendera Russia di skrin sewaktu bertanding.

“Orang di Amerika Syarikat (AS) yang tak tahu Dagestan, Chechnya atau Caucasus, mereka panggil saya orang Russia.


“Bagi mereka, kita semua satu negara. Penting untuk kita tak berpecah belah. Tapi kamu lain pula, jangan tanya saya soalan bodoh.

“Di luar, orang tak pecah-belahkan kita, tapi orang kita sendiri yang cuba buat begini,” ujar atlet berusia 30 tahun itu.

Khabib dan keluarganya menetap di Makhachkala di Republik Dagestan. – Bloody Elbow/mStar Online

Kategori