Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kelantan Umum Bantuan Khas...

KOTA BHARU : Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan...

Penjara 3 Bulan Kerana...

PENUNTUT kolej swasta yang tular selepas kereta yang dipandunya melanggar seorang anggota polis...

Thaipusam Diisytihar Sebagai Cuti...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah hari ini mengisytiharkan 9 Feb sebagai cuti peristiwa...

Adam Corrie Tolak Tawaran...

PELAKON terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee sanggup lepas tawaran berlakon buat...

Khairy ‘Pujuk’ Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Selepas ‘riuh’ berita Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR, Khairy Jamaluddin tampil dengan ‘kata-kata semangat’ yang ditujukan khas kepada puteri reformasi itu kelihatan seolah-olah mahu ‘memujuk’ supaya tidak meninggal dunia politik.

Dalam entri yang dimuatnaik Khairy di akaun Twitternya petang tadi, bekas Ketua Pemuda UMNO itu memuji ketokohan anak perempuan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang berkecimpung dalam dunia politik sebagai seorang Ahli Parlimen contoh.

Khairy juga menyifatkan Nurul Izzah sebagai ‘lawan yang berbaloi’.

“Seorang Ahli Parlimen contoh dan lawan yang berbaloi. Saya pasti apabila negara ini akhirnya sudah bersedia untuk perubahan generasi dalam politik, Nurul Izzah akan kembali.

“Ia teramat sia-sia sekiranya beliau tidak kembali dalam barisan hadapan politik,” kata Ahli Parlimen Rembau itu.

Entri Khairy, sosok yang terkenal dengan jolokkan ‘tinggi, gelap dan tampan’ dibalas Nurul Izzah di platform media sosial untuk dengan ucapan terima kasih.

Dalam jawapan balas itu, Nurul Izzah berterima kasih di atas kata-kata semangat daripada bekas Menteri Belia dan Sukan itu sambil menyifatkan beliau sebagai seorang yang memberi inspirasi walaupun terhadap lawan.

“Terima kasih @Khairykj. Anda menjadi inspirasi kepada kawan mahupun lawan di Parlimen sejak 2008. Tidak dapat bayangkan landskap politik Malaysia tanpa kelibat anda. Sokongan saya buat anda,” katanya.


Nurul Izzah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Nurul Izzah dalam kenyataannya berkata, keputusan itu sudah pun dimaklumkan kepada kepemimpinan tertinggi PKR dan beliau hanya mahu berkhidmat kepada rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh tanpa terikat dengan jawatan di dalam parti.

Beliau juga memaklumkan tidak akan memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Pusat dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan peranan saya di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan Pulau Pinang.

“Selepas ini, saya hanya akan menjadi Ahli Parlimen yang tidak mempunyai sebarang portfolio dalam usaha mereformasi kerajaan.

“Saya juga menyerahkan kepada kepemimpinan parti berhubung status saya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya. – BH Online

Kategori