Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gemar ‘Usik’ Amira Othman,...

BARU-BARU ini heboh di media sosial apabila netizen mengaitkan hubungan antara penyampai radio,...

Wanita Bertudung Diminta Masak...

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang.Lapor Suara.com, komen itu dimuat naik dalam akaun Instagram @asahid_tehyung.

Tindakan PTPTN Senaraikan Nama...

KUALA LUMPUR - Tindakan menyenaraikan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

Pemuda PAS Minta Liga...

KUALA LUMPUR - Lajnah Antarabangsa DewanPemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu Pertubuhan Kerjasama Islam...

Korban Tsunami Krakatau Kini 222 Orang

PANGDEGLANG – Jumlah korban tsunami di kepulauan Jawa dan Sumatera meningkat kepada 222 orang, hari ini, selepas gempa bumi dasar laut yang mempunyai kaitan dengan letusan gunung berapi Anak Krakatau, menurut pegawai dan media.

Jurucakap agensi mitigasi bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ratusan rumah dan bangunan rosak teruk akibat tsunami itu yang berlaku tanpa amaran di sepanjang Selat Sunda, lewat semalam.

ANGGOTA penyelamat mengusung mayat mangsa yang terkorban dalam kejadian tsunami di Carita. – Foto AFP

Difahamkan, ribuan penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lebih tingi. Menjelang 1040 GMT, agensi itu meningkatkan jumlah kematian kepada 222 orang daripada 168 sebelumnya dengan 843 cedera serta 28 hilang.

Menurut media, penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda. – Reuters/BH ONLINE

Kategori