Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Parti Lain Selain PBM...

Keputusan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai...

James Jemut Masing Selamat...

BAU: Mendiang Tan Sri James Jemut Masing selamat disemadikan di Nirvana Memorial Park,...

Melaka Catat 33 Calon...

MELAKA: Seramai 33 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di negeri...

Nilai Semula MoU, Tidak...

SHAH ALAM - Kerajaan perlu bergerak ke hadapan tanpa perlu menunggu Memorandum Persefahaman...

KPDNHEP Kaji Semula Dasar Akibatkan Monopoli

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji semula dasar yang berkecederungan mengakibatkan monopoli, yang tidak memberi manfaat kepada rakyat di negara ini.

Ia termasuk pemeriksaan kenderaan motor terpakai bagi tujuan sewa beli yang ketika ini hanya dilaksanakan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Hak memeriksa kenderaan yang diberi kepada Pupakom itu adalah dasar yang diamalkan oleh pentadbiran terdahulu dan ia memang merupakan satu monopoli.

“KPDNHEP menerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan mengkaji semula dasar yang berkecederungan mengakibatkan monopoli yang tidak beri manfaat kepada industri automotif,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2018.

RUU itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh Dewan Negara. Pada 17 Okt, RUU berkenaan diluluskan Dewan Rakyat.


RUU itu bertujuan memperkukuhkan lagi perlindungan dengan memperuntukkan keperluan pembayaran fi yang ditetapkan kepada pihak berkuasa relevan bagi pengisytiharaan kenderaan motor terpakai. RUU tersebut juga memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan fi tersebut. Chong berkata kerajaan juga tiada cadangan untuk menaikkan fi pemeriksaan kenderaan motor terpakai untuk tujuan sewa beli buat masa ini. Dilaporkan sebelum ini, setiap kenderaan motor terpakai untuk tujuan sewa beli perlu melalui 22 pemeriksaan di Puspakom dengan fi sebanyak RM60, di mana 12.5 peratus daripadanya dibayar kepada kerajaan.

Sementara itu, Dewan Negara turut meluluskan RUU Maktab Kerjasama (Pemerbadanan)(Pindaan) 2018 yang menjadikan keseluruhan RUU yang diluluskan ialah 16 RUU termasuk RUU Perbekalan 2019 sejak ia bersidang 3 Dis lepas.

Persidangan ditangguh sehingga tarikh yang akan ditentukan kemudian. – BERNAMA

Kategori