Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemuda Kekal Dipenjara Bunuh...

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir seorang pemuda berusia 22 tahun...

Mayat Tanpa Kepala Di...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Filipina mengesahkan mayat tanpa kepala yang dijumpai di...

Ku Li Menteri Kanan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali...

Pahang Dapat Sultan Baharu...

SPEKULASI... Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mungkin bakal ditabal sebagai...

KPLB Fokus Pembangunan Modal Insan, Tambah Taska Transit

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam fokus pembangunan modal insan, akan menambah bilangan taska transit Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daripada 23 buah sekarang kepada lebih 60 di bawah Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar (2018-2023), kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Modal Insan merupakan satu daripada enam teras utama di bawah Pelan Harapan itu yang dirangka bagi pembangunan jangka pendek ke arah luar bandar lebih sejahtera. Lima teras lain ialah Prasana, Ekonomi, Keusahawan, Wanita dan Sistem Penyampaian.

“Pembangunan modal insan yang berterusan dan dinamik mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan disegani di dalam dan luar negara,” kata Rina kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kecemerlangan dan bantuan persekolahan anak-anak warga KPLB di sini hari ini.

Beliau berkata Kemas memainkan peranan besar dalam pendidikan awal kanak-kanak khususnya di luar bandar dan satu usaha yang komprehensif perlu dilaksanakan agar pendidikan awal diberikan kepada anak-anak setaraf dengan pusat asuhan swasta.

Rina berkata pihaknya turut meletakkan sasaran 30 peratus pelantikan wanita dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi meningkatkan penglibatan golongan itu dalam soal pembangunan desa.


“Kita tidak hanya mahu melaung-laungkan dalam memperjuangkan nasib wanita di waktu perhimpunan, tetapi perlu dilaksanakan usaha memartabatkan kaum hawa itu,” katanya sebagai seorang menteri kabinet wanita, beliau mahu peranan wanita terus dipertingkatkan di semua peringkat.

Pada majlis itu juga, KPLB melancarkan Tabung Wira Merah bagi mengumpul sumbangan selama sebulan daripada warga kementerian termasuk agensi-agensi di bawahnya untuk diserahkan kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam Isnin lepas, selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu. – BERNAMA

Kategori