Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Selangor Wajib Hanya Papan...

SHAH ALAM - Semua papan tanda jalan di negeri Selangor wajib menggunakan hanya...

Chong Wei, V Shem/Wee...

KUALA LUMPUR - Ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama,...

Kedah FA Minta Rakyat...

KUALA LUMPUR - Pengurus Kedah FA, Shafarizam Baderon menyeru rakyat Kedah supaya memilih...

Nur Sajat Terasa Hati...

SEBELUM ini pernah tular di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan pengasas...

Krismas Disambut Dalam Semangat Keamanan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia dan warga asing yang beragama Kristian di seluruh negara hari ini beramai-ramai ke gereja serta menerima kunjungan keluarga dan sahabat handai bersempena sambutan Krismas yang dirai dalam semangat keamanan dan perpaduan.

Ada juga yang menggunakan peluang cuti umum ini untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan ke kawasan-kawasan tarikan umum.

Persekutuan Kristian Malaysia serta rakan kongsinya menganjurkan majlis minum petang di Luther Centre di Petaling Jaya dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai tetamu kehormat.

Di Ipoh, antara yang menghadiri upacara keagamaan di Church of Our Lady of Lourdes ialah Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar dan keluarga.

Di Klang kira-kira 1,000 orang menghadiri upacara keagamaan bersempena Krismas di Our Lady of Lourdes Church dengan sambutan kali ini lebih bermakna berikutan gereja itu turut meraikan ulang tahun ke-90, dibina oleh mubaligh Katolik pada 1928.


“Upacara keagamaan bersempena Krismas di gereja adalah unik kerana diadakan dalam pelbagai bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu, Tamil malah Burma bagi memudahkan warga asing dalam jemaah memahaminya,” kata paderi kariah itu Rev. Fr Frederick Joseph kepada Bernama.

Di Tampin, Ketua Paderi di Gereja St. John Marie Vianney, Rev Fr Peter Anthoney berkata, sambutan Krismas tahun ini lebih bermakna kerana selain upacara keagamaan, turut diadakan upacara pembaptisan dua bayi, masing-masing lelaki dan perempuan. – BERNAMA

Kategori