Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sambutan Aidilfitri Paling Bermakna...

PELAKON Shaheizy Sam menyifatkan sambutan Aidilfitri kali ini memberikan pengalaman cukup berbeza apabila...

Sekretariat Sukma 2020 Dibentuk...

ISKANDAR PUTERI - Sebuah sekretariat akan dibentuk tahun depan bagi membantu kerajaan negeri...

Trafik Bergerak Lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara pada pagi...

Kesungguhan Pemain Felda Jadi...

MARAN – Kesungguhan dipamerkan pemain Felda United menjadi tonik mujarab buat pasukan itu...

Kritik Pelantikan: “Suara Sumbang” Yang Tidak Harus Diendahkan

KUANTAN – Pengerusi PKR Pahang Fuziah Salleh menyifatkan tindakan sesetengah pihak mengkritik pelantikannya pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) parti sebagai “suara sumbang” yang tidak harus diberi perhatian.

Beliau turut menganggap pihak terbabit sebagai tidak memahami perlembagaan parti.

“Jika kita faham perlembagaan parti, sudah pasti pertikaian atau cakap-cakap ini tidak timbul… masalahnya sekarang ada yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah pemilihan dibuat atas faktor tertentu dan bukan kerana mendapat sokongan daripada pucuk pimpinan dan ahli akar umbi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan merasmikan majlis ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran bersama Pejabat Anggota Parlimen Kuantan, Kelab Prihatin Kuantan dan MBS World.

Fuziah adalah antara muka baharu yang dilantik mengetuai MPN oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru.

Bagaimanapun pelantikannya serta beberapa individu lain termasuk Pengerusi PKR Kelantan Datuk Mohamad Suparadi Md Noor dan Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang dikritik oleh sesetengah pihak atas beberapa faktor termasuk dikatakan tidak mendapat sokongan ketua cabang lain serta kronisme.


Nurul Izzah bagaimanapun mengumumkan meletak jawatan itu termasuk sebagai naib presiden parti yang dimenanginya pada pemilihan lalu.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata kritikan tersebut tidak akan menjejaskan fokusnya untuk menjalankan amanah yang diberikan oleh presiden parti.

Pada majlis hari ini seramai 400 penerima dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri bawah Parlimen Kuantan menerima baucar untuk membeli barangan kelengkapan sekolah. – BERNAMA

Kategori