Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Sarawak Nikmati...

MIRI - Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat...

Bendung Sijil Cuti Sakit...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini menggesa dihentikan segera aktiviti penjualan sijil cuti...

Jemaah Haji Bebas Jangkitan...

SEPANG - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan bahawa tiada sebarang jangkitan...

Budak Dipotong Telinga Sebelum...

VIDEO yang memaparkan detik-detik ngeri di mana seorang budak lelaki yang berusia 13...

Kru Restoran Kongsi Duit Beli Kereta Untuk Rakan Sekerja

LOUISIANA, Amerika Syarikat – Sekumpulan pekerja sebuah restoran masakan Itali di sini menghadiahkan sebuah kereta baharu kepada rakan sekerja mereka selepas kenderaannya hilang dipercayai dicuri penjenayah baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Kea dilaporkan kehilangan keretanya di satu kawasan tempat letak kereta dekat tempat kerjanya, Restoran Ruffino’s on the River di bandar Lafayette di sini.

Rakan-rakan sekerja itu kemudian bersepakat mengutip derma sesama mereka untuk membeli kereta lalu membuat satu kejutan khas untuk Kea dan keluarganya.

Hadiah itu bertujuan meringankan kesukaran yang dihadapi Kea selain menghargai usaha keras sejak lebih 20 tahun lalu berkhidmat dalam dunia perniagaan restoran itu.

Majlis penyerahan kereta baharu itu diadakan di sebuah lot parkir yang dihadiri semua pekerja, pengurus restoran, Ruffin Rodrigue, Kea dan keluarganya. Klip video kejutan itu dikongsi di Facebook.


Kea kelihatan sebak pada majlis itu dan Rodrigue memberitahunya: “Kamu adalah keluarga kami dan bekerja keras sepanjang berada di sini. Kami mahu anda kekal lebih lama bersama keluarga ini. Jadi, ini cuma suatu hadiah kecil daripada (kami) semua.” – Agensi/Kosmo Online

Kategori