Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

60 Pelajar Tahfiz Hilang...

SHAH ALAM - Seramai 60 pelajar Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi hilang tempat...

Selebriti Kongsi Luahan Hati...

BERSEMPENA sambutan Hari Bapa yang disambut pada Ahad ketiga bulan Jun setiap tahun,...

Jentera BN Sabah Perlu...

PAPAR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua...

Sederet Kedai 30 Pintu,...

KINABATANGAN - Sederet kedai 30 pintu dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di...

Kuota Haji Untuk Jemaah Malaysia Kekal 30,200 Orang

SEPANG – Kuota haji untuk jemaah Malaysia kekal 30,200 orang bagi tahun 2019, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof.

Beliau berkata kerajaan masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi untuk menambah jumlah kuota selaras dengan pertumbuhan penduduk yang kini kira-kira 31 juta orang.

Berdasarkan maklumat Tabung Haji, katanya kuota sebanyak 30,200 jemaah haji Malaysia telah diperoleh sejak dua tahun lepas.

Menurutnya, jumlah kuota tersebut ditentukan berdasarkan 0.1 peratus jumlah penduduk sesebuah negara mengikut ketetapan yang diletakkan oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sejak 10 tahun lalu.

“Sekiranya jumlah pertambahan penduduk Malaysia itu diambil kira, kita sepatutnya dapat kuota 31,200 jemaah,” katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sini hari ini, sekembalinya dari Jeddah selepas menghadiri Mesyuarat Tahunan Menteri-Menteri Haji.


Mujahid juga memaklumkan kos menunaikan haji kekal seperti sebelum ini iaitu RM9,980.

Beliau berkata kelancaran Program Pra Pelepasan Haji yang dilaksanakan di Malaysia tahun ini akan diambil kira Arab Saudi untuk meneruskan inisiatif itu pada musim haji 2019. – BERNAMA

Kategori