Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Elak Politik Wang Dalam...

GUA MUSANG - Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mahu budaya politik wang...

Graduan Jangan Terlalu Pilih...

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah menasihat...

Kes REE: Pegawai Kanan...

YAN: Seorang pegawai kanan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

Aliran Keluar Dana Asing...

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia dilihat berterusan apabila...

Lagu Tribute Untuk Bomba Terima Lebih 46,000 Tontonan

KUALA LUMPUR – Tidak sampai dua bulan dihasilkan, lagu ‘Perginya Sahabat Wira’ yang ditujukan khusus bagi memperingati kejadian enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor yang mati lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong kini menjadi antara lagu yang popular di media sosial.

Lagu berdurasi tiga minit sembilan saat itu dicipta serta dinyanyikan sendiri dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya sebagai mengenang pengorbanan enam rakan mereka yang maut ketika operasi menyelamat seorang remaja di lombong itu kira-kira jam 9.15 malam, 3 Oktober lalu.

Sejak video lagu itu itu dimuat naik di Facebook dan YouTube pada 1 November lalu, ia sudah ditonton lebih 46,437 kali.

Ketua Pusat gerakan Operasi JBPM Selangor, Mohd Nurizwan Basri, berkata lagu itu dicipta dan dinyanyikan oleh Pegawai Bomba (PB) Izzat Izwan Mohd Noor manakala liriknya ditulis oleh PB Mohd Azlan Mohd Noor.

“Lagu berkenaan dimuat naik pada 1 November lalu di YouTube dan turut dikongsi di laman Facebook ‘Friends of Bomba Malaysia’,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BH Online

Kategori