Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

4 Rumah, 2 Kereta...

SUNGAI PETANI - Sebanyak empat buah rumah, dua buah kereta dan 12 motosikal...

Penumpang Pesawat Terakam Gambar...

Ini mungkin menjadi perjalanan yang tidak akan dilupakan oleh pengembara ini kerana dapat...

Pelajar M’sia Dapat Jemputan...

GEORGE TOWN - Asher Paul Ang hanya berusia 18 tahun tetapi mahasiswa dari Rawang,...

Lelaki Jaja Kisah Keluarga...

KOTA TINGGI - Penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dijatuhi hukuman penjara tiga...

Larangan 5 Tahun Tamat, Warga Gaza Dibenar Tunai Umrah

WARGA Palestin yang tinggal di Gaza kini dibenarkan ke Arab Saudi untuk menunaikan umrah, lima tahun selepas disekat berbuat demikian lapor agensi media Ma’an semalam.

Menurut laman berita itu, sumber berkata pihak berkuasa Mesir akan membenarkan 1,000 jamaah dari Gaza menunaikan umrah pada Januari nanti.

Angka ini kemudian akan ditingkatkan kepada kira-kira 1,000 orang seminggu.

Sumber itu berkata lagi, 4,000 orang lagi akan dibenarkan ke Makkah setiap bulan hingga bulan Ramadan, pada Mei nanti.

Menurut sumber itu, Mesir berjanji akan mengurangkan kos perjalanan dari Gaza ke Kaherah dan dari Kaherah ke Jeddah.


Jamaah umrah itu juga akan dibantu agar mudah melepasi Mesir di laluan pemeriksaan di Sinai.

Berita ini disambut baik oleh 75 syarikat pengendali haji dan umrah yang beroperasi di Gaza yang terjejas akibat keengganan Mesir membenarkan umrah oleh warga Gaza ke Arab Saudi untuk ibadah umrah. – MEM

Kategori