Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KKM Sedia Bantu Kaji...

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan kerjasama industri atau ahli akademik dalam...

Semua Agensi KDN Harus...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua jabatan dan agensi...

Prinsip Wala’ Akan Bantu...

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa kagum...

Remaja Perempuan Dipercayai Diculik...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan dipercayai diculik dua lelaki di persimpangan Jalan...

Lebih 30,000 Tuntut Iktiraf Malaysia Negara Islam

BERSEMANGAT… Baru tujuh jam lalu dilancarkan, lebih 30,000 rakyat Malaysia menandatangani petisyen dalam talian bagi tuntut pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Petisyen yang digerakkan oleh Sekretariat Malaysia Negara Islam (MNI) di ibu negara itu menyasarkan sehingga 35,000 tandatangan bagi menyatakan sokongan padu rakyat terhadap tuntutan-tuntutan yang dikemukakan.

Antara tuntutan berkenaan adalah untuk gesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan secara jelas di dalam Parlimen bahawa Malaysia memang merupakan negara Islam dan bukan sebuah negara sekular!

Setakat pukul 7 petang semalam, seramai 30,819 orang termasuk warga Malaysia di seluruh dunia sudah bertindak tandatangan petisyen atas talian itu melalui platform laman sesawang petisyen popular antarabangsa, change.org.

Sekretariat tersebut dalam pada itu berkata, pengisytiharan berkenaan amat perlu ekoran terdapat laungan pihak tidak bertanggungjawab bahawa Malaysia kononnya adalah sebuah negara sekular dan bukannya negara Islam.

“Kini, pejuang negara sekular ini telahpun menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini. Malah, arus anak muda yang terpengaruh dan sokong agenda negara sekular ini juga kuat kedengaran di media sosial.

“Ini adalah satu penghinaan kepada umat Islam, khususnya terhadap nenek moyang kita yang telah tungkus-lumus menegakkan dan menyediakan batu asas kepada negara Islam yang kita nikmati pada hari ini,” kata petisyen itu.


Dalam pada itu, sekretariat berkenaan menerusi kenyataan dipetik portal berita ISMAweb.net turut menggesa ahli Parlimen sama ada dari kalangan PH, PAS atau UMNO menyokong bahawa Malaysia memang ialah Negara Islam.

“Yang Di-Pertuan Agong sendiri pernah menitahkan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, sekali gus menafikan tohmahan konon Malaysia sebagai Negara Sekular. Tuntutan-tuntutan ini sangat penting.

“Ini kerana kenyataan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Yang Di-Pertuan Agong dan ahli-ahli Parlimen akan jadi rujukan kuat bagi menutup ruang arus serangan pejuang negara sekular pada masa kini dan akan datang,” katanya.

Untuk rekod, pemimpin DAP, Lim Kit Siang waima Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri dengan biadab pernah mendakwa kononnya Malaysia sebuah negara sekular dan bukan bertaraf negara Islam. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • islam

Kategori