Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakam Lelaki Ini Masukkan...

NASIB baik…ternyata swafoto yang diambil oleh wanita ini berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa...

Tukang Urut Enggan Buka...

PUCHONG - Keengganan beberapa tukang urut membuka pintu bilik di sebuah pusat urutan...

Singapura, Malaysia Nafi Fatwa...

SINGAPURA - Fatwa yang konon dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan...

Malaysia Mengambil Beratus Penoreh...

NEW DELHI - Syarikat perladangan Malaysia mengambil beratus-ratus penoreh getah dari negeri Kerana,...

Lebih 45,000 PATI Ditahan Tahun Ini

SEPANG – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 45,389 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 1,322 majikan sejak 1 Jan lepas hingga semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata tangkapan itu adalah hasil daripada 13,845 operasi yang dijalankan setiap hari di seluruh negara, melibatkan pemeriksaan ke atas 180,624 warga asing.

Daripada 45,389 PATI yang ditahan, 14,965 ialah warga Indonesia, Bangladesh (9,640), Myanmar (4,475), Filipina (3,793), Thailand (3,338) dan lain-lain negara (9,178).

“Mereka melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyalahgunakan pas, pas tamat tempoh, datang sebagai pelancong tetapi melencong, datang sebagai pelajar tetapi bekerja dan sebagainya.

Kita melaksanakan tanpa kompromi termasuk terhadap majikan yang masih berdegil melindungi PATI dan kebanyakannya telah didakwa di mahkamah,” katanya pada sidang media di Pusat Pengurusan Lapangan Terbang, di sini hari ini, sekembali dari Hanoi, Vietnam.

Dalam pada itu, Mustafar memaklumkan Pasport Malaysia Antarabangsa versi baharu 2017 dinobatkan sebagai pemenang Best ID Award (Kategori Pasport) di Persidangan High Security Printing (HSP) Asia yang berlangsung pada Selasa lepas di Hanoi.

Beliau berkata anugerah berprestij itu diukur berdasarkan beberapa kriteria seperti reka bentuk dan falsafah di sebalik penerbitan pasport, ciri keselamatan dokumen, bahan (material) yang digunakan dan teknologi serta sistem pengeluaran pasport sesebuah negara.


“Pasport yang dilancarkan pada November 2017 ini mempunyai 20 ciri keselamatan dan reka bentuk berkonsepkan Rukun Negara dengan latar belakang monumen bersejarah Malaysia serta flora dan fauna tempatan,” jelasnya.

Persidangan HSP adalah persidangan tahunan dianjurkan Reconnaissance International, sebuah organisasi bebas yang mempunyai 60 tahun pengalaman dalam analisis, penerbitan artikel dan persidangan berkenaan dokumen keselamatan.

Persidangan HSP Asia 2018 di Hanoi itu disertai oleh 300 peserta dan 60 organisasi dari 40 negara. – BERNAMA

Kategori