Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

UMNO, PAS Tidak Gabung...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO dan PAS...

Video: Kejutan Hari Lahir...

BUKAN senang rasanya berjumpa dengan anak lelaki yang begitu rapat dan akrab dengan...

Mesej Dari Rosyam Nor...

PETALING JAYA - Pelakon Fizo Omar mengakui berasa rendah diri ketika diberi peluang...

Julia Ziegler Bakal Berkahwin...

BERKONGSI berita gembira bersama peminat, pelakon Pan-Asia Julia Ziegler akhirnya mengumumkan bakal mendirikan...

Lelaki Ada Dua Kes Dadah, Ditangkap Lagi

LAHAD DATU – Walaupun pernah dua kali ditangkap berhubung kes dadah, seorang lelaki sekali lagi ditahan dalam kebun sawit Kampung Telisai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan dalam operasi Op Tapis, kira-kira jam 2 petang.

“Anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Lahad Datu memeriksa lelaki itu kerana berada dalam keadaan mencurigakan. Suspek bertindak agresif apabila pemeriksaan badan dijalankan namun dapat ditangani.

“Pemeriksaan lanjut, kami menemui satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah syabu dan satu paket lagi berisi 20 gulung timah dalam poket seluar suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Nasri berkata, dadah berkenaan dianggarkan seberat 5.2 gram.


“Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut. Siasatan lanjut mendapati, suspek pernah ditangkap dua kali pada tahun 2015 dan 2016 kerana kesalahan dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BH ONLINE

Kategori