Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

JDT Sedia Baham Selangor...

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) telah bersedia untuk mencipta rekod...

110 Kes Baharu COVID-19,...

SEBANYAK 110 kes baharu koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan setakat jam 12 tengah hari...

Pemuda UMNO Perlis Cadang...

KANGAR - Pergerakan Pemuda UMNO Perlis hari ini mencadangkan Majlis Kerja Tertinggi mempertimbangkan...

Kempen Beli Produk Muslim...

SUNGAI PETANI - Tidak memahami konsep perniagaan sebenar dalam Islam berkemungkinan punca tindakan...

Lelaki Cedera Parah Diserang 3 Suspek Ketika Bersarapan

BUTTERWORTH – Seorang lelaki cedera parah selepas diserang tiga lelaki bersenjatakan pedang dan tidak dikenalinya ketika sedang bersarapan di sebuah restoran di Taman Chai Leng, Perai di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Supt Mustafa Bidin berkata dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berusia 39 tahun tiba-tiba didatangi tiga lelaki berpakaian gelap dan bertopeng muka biru gelap serta seorang daripada suspek bersenjatakan disyaki pedang berwarna ‘chrome-silver’.

“Mereka terus menuju ke meja makan mangsa dan seorang daripada suspek bersenjatakan pedang terus melibaskan senjata tersebut ke badan mangsa sebelum lelaki itu melarikan diri kira-kira 45 meter dari tempat kejadian dan berhenti di hadapan sebuah restoran untuk menaiki keretanya yang diparkir di kawasan berkenaan.

“Tiga lelaki itu bertindak mengejar mangsa sebelum mereka menyerang dan menetak lelaki itu berhampiran keretanya. Selepas kejadian berkenaan kesemua suspek melarikan diri menaiki sebuah kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa bekerja sendiri itu mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Mustafa berkata pemeriksaan oleh doktor mendapati mangsa mengalami kecederaan di lengan kiri, tangan kanan dan bahagian betis kaki kanan serta calar di bahagian kanan abdomen, putus separuh jari kanan dan retak fibula kaki kanan.


Beliau berkata mangsa yang kini dilaporkan dalam keadaan stabil mendakwa tidak tahu kenapa dia diserang kerana tidak menghadapi masalah dengan sesiapa.

“Polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu dan sedang mengesan tiga lelaki yang menyerang mangsa. Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu agar tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat berhubung insiden tersebut. – BERNAMA

Kategori