Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kekasih ‘Sehidup Semati’ Maut...

DISEBABKAN mengalami masalah cinta, sepasang kekasih maut selepas terjun dari tingkat 14 di...

Kanak-Kanak Hilang Dijumpai Di...

KUCHING - Seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Serumah, Padawan...

ASP Bukit Aman Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP didakwa di Mahkamah Sesyen...

Tergamak Kau Tinggal Jenazah...

SEORANG pemandu teksi 'sapu' tergamak meninggalkan jasad penumpang lelaki yang meninggal dunia dalam...

Lelaki Didakwa Pukul Suspek Curi Hingga Parah

KOTA BHARU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan memukul seorang suspek curi dengan kayu hingga mengakibatkan mangsa patah kedua-dua belah tangan dan kaki kiri awal bulan ini.

Tertuduh, Shukri Salleh, 42, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Tuan Ruzuaini Tuan Lah.

Lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah iaitu patah kedua-dua belah tangan dan kaki kiri, sembilan jahitan di bahagian kepala dan patah gigi hadapan terhadap Mohd. Fahmi Mustafah, 38.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di kawasan Masjid Kampung Gua, Salor di sini dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang pada 2 Disember lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun serta boleh didenda dan sebatan.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Faaiz Ahmad Maher.


Dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang dikatakan cuba menceroboh sebuah gudang perabot di tepi Lebuh Raya Salor – Pasir Mas, di sini ditangkap oleh orang ramai sebelum dibelasah.

Video kejadian pukul tersebut menjadi tular di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. – K! ONLINE

Kategori