Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Teater Tanjong Dibawa Ke...

Kuala Pilah : Usaha memartabatkan Adat Perpatih di negeri ini diterjemahkan menerusi pementasan...

Dr. Hilmi Minta Ibu...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan mengulangi peringatan kepada ibu bapa agar memberi vaksin...

SMK Za’ba Raih Tempat...

PUTRAJAYA - Pasukan bola sepak Za’ba FC, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Negeri Sembilan berjaya meraih tempat ke-3...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Ritcher melanda Kepulauan...

Lelaki Ditahan Miliki 60kg Daun Ketum

TANJUNG MALIM – Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki daun ketum seberat 60 kilogram dan 10 liter air ketum dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kelawar, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serbuan terhadap lelaki berumur 33 tahun itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mualim.

“Dalam serbuan tersebut, kita telah menemukan dua tong plastik berisi 10 liter air ketum dan 12 bungkusan hitam berisi daun ketum seberat 60 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Wan Kamarul Azran, ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek yang bekerja kampung itu didapati negatif namun mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes mendatangkan kecederaan.

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori