Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mayat Dalam Kotak: Polis...

GEORGE TOWN - Polis menahan suspek kes bunuh bersabit penemuan mayat seorang wanita...

“Berlakon Kena Real” –...

MAKIN lama makin terasa kehangatan filem Abang Long Fadhil 2 yang bakal menemui...

Uqasha Nafi Bercinta, Hanya...

SERING kali memuat naik gambar bersama-sama seorang lelaki bernama Tengku Bakar, ramai peminat...

Karnival Jualan Mega 2017...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama negeri...

Lelaki Maut, Isteri & Anak Cedera Dalam Kemalangan Babit 4 Kenderaan

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan tiga kenderaan lain, di Jalan Kulai-Kota Tinggi, berdekatan tapak pelupusan sampah Seelong dekat Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian berlaku kira-kira 7.40 pagi itu menyebabkan mangsa, Rahim Rauf, 46, yang memandu kereta jenis Proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

“Kemalangan turut menyebabkan isteri Rahim yang berumur 38 tahun cedera di pergelangan tangan manakala anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) berusia dua tahun, cedera ringan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tok berkata tiga kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu adalah kereta jenis Toyota Harrier dan Perodua Kancil serta lori jenis Hino.

Beliau berkata kemalangan disyaki berpunca daripada Toyota Harrier dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan yang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan Rahim.


Menurut Tok, pelanggaran itu menyebabkan kereta Rahim terbabas ke kiri jalan manakala Toyota Harrier tersebut berpusing dan melanggar Perodua Kancil dipandu seorang wanita serta lori dipandu seorang lelaki.

Katanya, bomba mengeluarkan mayat Rahim dari keretanya sebelum dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, untuk bedah siasat.

Kemalangan berkenaan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Kategori