Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Pelajar Dakwa Cedera Dibuli...

NILAI: Polis menerima tiga laporan semalam, berhubung kes pelajar tingkatan dua sebuah sekolah...

24 Penagih Dadah Ditahan...

KEPALA BATAS - Seramai 25 individu termasuk empat wanita yang merupakan penagih dadah...

Kompilasi Video Kompang Untuk...

Kompang merupakan antara nilai tradisional majlis perkahwinan yang masih dikekalkan hingga kini dan...

CCCC Harap Malaysia Tak...

BEIJING - China Communications Construction Company (CCCC), kontraktor bagi Projek Laluan Rel Pantai...

Lubang Hitam Raksasa Makin Hampir Sedut Bumi

HAMPIR… Kira-kira tiga tahun lalu, masyarakat dunia gempar apabila Pertubuhan Cuaca Sedunia (WMO) meramalkan planet Bumi akan alami situasi kemarau paling buruk menjelang tahun 2050.

Unjuran tersebut secara kebetulan bertepatan dengan ramalan beberapa ulama Islam tersohor di rantau Asia Barat sebelum itu yang menjangka alam dunia ini akan hancur selepas tahun 1500 Hijrah atau bersamaan 2078 Masihi.

Ia berdasarkan kepada pelbagai petunjuk kiamat kecil yang makin banyak muncul termasuk gejala fitnah berleluasa sehingga tumbang sebuah kerajaan Islam diganti pemerintahan baharu lebih zalim sesuka hati tindas rakyat miskin.

Terbaharu, sepasukan penyelidik astronomi dari Australia National University (ANU) baru sahaja kenal pasti satu lubang hitam bersaiz sangat besar dan ia dapat hisap segala objek yang berada di langit dengan kadar sangat cepat.

Lohong itu didakwa sangat rakus kerana mampu sedut semua benda waima sebesar Matahari setiap dua hari sekali dan menurut analisis ANU, pertumbuhan lubang hitam ini sangat cepat, iaitu satu peratus setiap jutaan tahun.

Sebelum ‘raksasa’ ini ditemukan, saintis terbabit meneliti sekitar 12 bilion tahun cahaya di luar angkasa, yang bererti mereka melihat objek itu pada 12 bilion tahun lalu, tidak terlalu lama setelah berlaku letusan besar atau Big Bang.

Penyelidik ANU dipetik jurnal ilmiah Science Alert menyatakan bahawa lubang hitam ini terlihat susulan cahayanya yang sangat jelas disaksikan di galaksi Bima Sakti, bahkan lebih terang daripada sinaran Bulan Purnama sendiri.

“Ia tumbuh sangat cepat sehingga sinarnya ribuan kali lebih terang daripada benda langit di seluruh galaksi sebab semua gas disedutnya setiap hari menimbulkan banyak gesekan,” kata salah seorang saintis ANU, Christian Wolf.

“Kalau lubang hitam ini sudah berada di galaksi Bima Sakti kita, cahayanya adalah 10 kali lebih terang daripada bulan purnama malahan dapat dipastikan bintang lain di langit malam pun tidak akan terlihat,” jelas beliau lagi.


Wolf menambahkan, jika ‘raksasa’ ini telah memasuki lingungan sistem galaksi kita, kehidupan di Bumi akan tamat kerana ukurannya yang super luas, selain kesan akibat cahaya, dan radiasi sinar-x yang bakal ditimbulkannya.

Lubang dikenal dengan kod QSO SMSS J215728.21-360215.1 diperkirakan berukuran 20 bilion saiz matahari. ANU merujuk objek langit ini memenuhi syarat sebagai quasar, selain benda langit paling nadir dan terang di inti galaksi.

Istilah quasar pada kelaziman ditentukan dengan meneliti data daripada satelit ESA Gaia milik Kesatuan Eropah, NASA Wide-field Infrared Survey Explorer (WISE) milik Amerika Syarikat, dan teleskop ANU SkyMapper.

Ketika ini, penyelidik astronom baru menemui beberapa lubang hitam super-masif dan quasar namun bingung bagaimana benda langit ini tumbuh begitu cepat dengan ukuran sangat besar di awal pembentukan alam semesta.

“Kami tidak tahu bagaimana ia dapat tumbuh sangat cepat,” kata Wolf yang mengesahkan bahawa penyelidikannya itu akan disiarkan menerusi Publications of the Astronomical Society of Australia. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori