Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU14: Calon BN Sedang...

KUALA LUMPUR - Semua calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan raya Umum ke-14...

Pengkritik Kecewa Dengan Finale...

KUALA LUMPUR - Menamatkan 24 tahun kejayaan yang panjang  bukanlah kerja mudah.Selepas mendapat...

BN JB Lapor Polis...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) Johor Bahru hari ini membuat laporan polis...

Kerajaan Batal AP Syarikat...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan membatalkan dengan serta-merta kelulusan permit (AP) syarikat-syarikat yang gagal...

Lumba Unta Kembali Popular Di Selatan Arab Saudi

PERTANDINGAN lumba unta mula popular kembali di kawasan paling selatan Arab Saudi, di bandar Sharurah, wilayah Najran.

Lumba unta di kawasan ini, dinamakan “kawasan kosong” atau Rub al-Khali, dikenali sebagai tradisi lama penduduk di sini, yang amat bergantung pada unta semasa peperangan.

Lumba unta di kawasan rata dan tandus ini bermula sejak 2,000 tahun sebelum Masihi, menurut ahli sejarah. Kini selepas beribu tahun, sukan ini kembali.

Al-Omairi al-Manhali, seorang ketua kabilah di Rub al-Khali, berkata sukan ini kembali ekoran minat penduduk lama di sana, yang kini menjadi tuan rumah perlumbaan bertaraf dunia disertai unta-unta terbaik.

Abdul Aziz al-Saaiari, pemilik unta yang mengambil bahagian dalam banyak acara berkata sukan ini kembali gemilang disebabkan pelancongan dan hiburan.

Minat ini katanya berpunca daripada orang ramai mencari tradisi asli kawasan ini.


“Di kawasan padang pasir Rub al-Khali ini, kabilah-kabilah yang mendiami kawasan ini telah lama bekerja keras mewujudkan program sukan moden untuk menarik pelabur ke kawasan indah ini,” katanya.

Suleiman Massaad, pemilik unta yang mengkhusus pada perlumbaan, berkata kelebihan mereka ialah sokongan diperolehi daripada pihak berkuasa dan persatuan kuda dan unta tempatan dan kebangsaan.

Unta terkenal sebagai haiwan yang berstamina tinggi. Ada yang boleh memecut 65km sejam dan mengekalkan kelajuan hingga 40 km sejam.

Perlumbaan unta juga popular di negara-negara Arab lain, selain Asia dan Australia. – AN

Kategori