Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

KPN Indonesia ‘Turun Padang’...

JAKARTA - Menjelang cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha 1437 Hijriah, Ketua Polis...

Ragam Di Ofis, Manager...

SELEPAS penat lelah belajar di universiti, kini tiba masanya untuk meniti ke alam...

Wanita Parah Ditetak Ketika...

PENDANG - Seorang wanita cedera parah di tangan kanan akibat ditetak suaminya dengan...

AS, China Diminta Kurangkan...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan negara Asean meminta Amerika Syarikat (AS) dan China...

Mahkamah Turki Bebas 31 Buruh Binaan Merusuh

ANKARA – Mahkamah di sini, semalam, mengeluarkan arahan pembebasan 31 pekerja pembinaan yang ditahan sejak September lalu kerana terbabit dalam tunjuk perasaan mengenai keadaan di tempat kerja mereka.

“Mahkamah sudah mengumumkan keputusannya dan memerintahkan supaya ketua pengarah kesatuan Insaat-ISi, Ozgur Karabulut dan semua pekerja dibebaskan,” kata kesatuan pembinaan, Dev Yapi-is menerusi Twitter.

Dalam Twitter berasingan, kesatuan Insaat-ISi berkata, satu delegasi akan dihantar ke Silivri, iaitu penjara di luar Istanbul untuk menyambut pembebasan kesemua pekerja berkenaan.

Pada September lalu, ratusan pekerja mengadakan tunjuk perasaan di lapangan terbang antarabangsa baru Istanbul bagi membantah keadaan di tapak pembinaannya, susulan beberapa kes kematian di kawasan itu.

Menurut kesatuan pekerja, berikutan itu, ratusan pekerja ditahan, namun sebahagian besar daripada mereka dibebaskan tanpa pendakwaan.


Isnin lalu, anggota pembangkang, Ali Seker, berkata kerajaan mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 52 pekerja meninggal dunia sejak pembinaan lapangan terbang bermula pada 2015.

Lapangan terbang itu adalah antara projek mega yang diilhamkan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan apabila siap ia bakal mengambil alih peranan Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk. – AFP/BH ONLINE

Kategori