Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Al-Qaeda Bebas Wartawan Jepun...

TOKYO - Lelaki dipercayai seorang wartawan bebas Jepun yang diculik di Syria, tiga...

Kerajaan Kelantan Cukup Bersedia...

TUMPAT - Kerajaan Kelantan pimpinan PAS kini sudah cukup bersedia untuk melaksanakan Kanun...

Stadium Larkin ‘Full House’...

KUALA LUMPUR - Tiket perlawanan Liga Super Malaysia 2016 diantara Johor Darul Ta'zim...

Sidang Dewan Rakyat 10...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat mengambil ketetapan untuk melakukan beberapa penyelarasan bagi urusan persidangan Dewan...

Mak Nyah Maut Dibelasah Sekumpulan Lelaki Di Klang

KLANG – Seorang mak nyah yang dibelasah sekumpulan lelaki menggunakan senjata tumpul dalam satu kejadian di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, di sini, semalam meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di sini.

Mangsa berusia 32 tahun yang berasal dari Sabah itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.47 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.​​​​​​​

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa sebelum itu ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan oleh seorang pengawal keselamatan hotel kira-kira pukul 7 pagi, semalam.

“Mangsa cedera di bahagian kepala dan bengkak di beberapa tubuh badan serta patah tapak tangan kiri disyaki dipukul sekumpulan lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Kategori