Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kahwin Awal Elak Kanser...

KANGAR - Berkahwin awal dan melahirkan cahaya mata pada usia muda dapat mengurangkan...

Penduduk Kampung Diserang Histeria

JERTIH - Penduduk dua kampung, dekat sini, berada dalam keresahan apabila kejadian histeria...

Uqasha Minta Maaf Pegang...

KUALA LUMPUR - Pelakon Uqasha Senrose memberitahu dia sudah menyampaikan pesanan meminta maaf...

WhatsApp ‘Melawak’ Ada Bom...

SEPANG - Polis hari ini menjelaskan penyebaran maklumat sejak semalam kononnya terdapat bom...

Malaysia Jumpa Vietnam Di Pentas Akhir Piala AFF

PETALING JAYA – Pasukan Malaysia berdepan dengan Vietnam di pentas akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Skuad Harimau Malaya mara ke final selepas bertarung dengan Gajah Perang di Stadium Rajamangala, Bangkok Rabu malam dengan keputusan berpihak kepada pasukan negara, seri 2-2.

Keputusan tersebut sekaligus sudah cukup membawa skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ini beraksi di laman sendiri pada pusingan akhir pertama pada 11 Disember ini menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Kemaraan skuad negara merupakan ulangan aksi akhir 2010 yang berjaya menjulang trofi buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2.

Manakala kali ini merupakan saingan akhir keempat selepas 1996, 2010 dan 2014.

Sementara itu lawan Harimau Malaya pada edisi ke-12 kejohanan dwi tahunan ini merupakan pertemuan ulangan selepas aksi peringkat kumpulan sebelum ini yang memihak kepada Vietnam dengan keputusan 2-0.


‘The Golden Dragon’ itu menempah tiket ke final selepas menundukkan Filipina 2-1 pada aksi separuh akhir kedua (agregat 4-2) di Stadium My Dinh Khamis malam.

Perlawanan final kedua bakal berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada 15 Disember ini. – mStar Online

Kategori