Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Laporan Audit Negara Berhubung...

KUALA LUMPUR — Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB)...

Tahun Mendatang Kritikal Untuk...

MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengingatkan ahli UMNO supaya...

Pekan Bekenu Nanti Khabar...

MIRI - Lawatan rasmi dua hari Datuk Seri Najib Tun Razak ke utara...

PAS Siap Sedia PRU14,...

ALOR SETAR - PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14...

Malaysia Negara Paling Banyak Cuti Umum Di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Malaysia, yang mempunyai 50 hari cuti umum tahun depan, mendahului senarai cuti umum terbanyak dalam kalangan 10 negara di Asia Tenggara.

Hasil tinjauan Mashable Asia Tenggara mendapati Malaysia menduduki tempat pertama cuti paling banyak manakala Vietnam berada di kedudukan ke-10 dengan cuti paling sedikit iaitu 11 hari.

Bagaimanapun, secara teknikal, Malaysia hanya mengisytiharkan 20 hari cuti umum pada peringkat nasional manakala selebihnya adalah cuti umum peringkat negeri, yang berbeza mengikut budi bicara kerajaan negeri masing-masing.

Secara umumnya, kesemua 10 negara terbabit mengisytiharkan cuti umum sempena tahun baru dan sambutan keagamaan utama mengikut kumpulan etnik terbesar negara masing-masing, umpamanya Tahun baru (1 Januari), Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Wesak atau Krismas.

Tidak kurang juga negara yang mengumumkan cuti pada perayaan atau sambutan unik, umpamanya Kemboja meraikan Tahun Baru antara 14 hingga 17 April selain mengisytiharkan cuti nasional pada perayaan Hari Anak dan Hari Hak Asasi Manusia pada tahun.

Myanmar pula mengkhususkan cuti lima hari bagi sambutan bulan purnama iaitu hari Tabaung, Kasong, Waso, Thadingyut, dan Tazaungmone.


Di Laos pula cuti nasional terpanjang adalah sempena Tahun Baru Laos, disambut pada hari yang sama seperti kebanyakan negara Asia Tenggara dan Asia Selatan seperti Sri Lanka, India, Myanmar, Kemboja, dan Thailand.

Festival dikenali sebagai Pimai, yang kadang-kadang digelar sebagai Songkran, adalah cuti umum terpanjang yang akan dinikmati Laos pada 2019, antara 14 hingga 16 April.

Vietnam, sebagai negara Asia Tenggara yang akan menikmati hari cuti paling sedikit tahun depan iaitu 11 hari, dengan hampir separuh daripadanya (lima hari) dihabiskan untuk sambutan Tet Nguyen Dan atau Tahun Baru Vietnam. – BH Online

Kategori