Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Perancis Nasihat Ibu...

FACEBOOK ialah salah sebuah laman media sosial yang amat popular digunakan oleh segelintir...

Kajian Semula Perintah Gaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membuat kajian semula terhadap perintah gaji minimum pada...

Pengusaha Nikmati Faedah Selepas...

HULU TERENGGANU - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata langkah menyenaraikan kelapa sebagai...

Singapura ‘Halalkan’ Hubungan Seksual...

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menyatakan bahawa negara itu akan...

Malaysia, Qatar Komited Tingkat Kerjasama 2 Hala

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Qatar yang meraikan ulang tahun ke-44 terjalinnya hubungan diplomatik, komited untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara dan mempertingkatkan kerjasama dua hala meliputi banyak bidang lain, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir juga mengucapkan terima kasih kepada Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani atas lawatan kerja ke Malaysia.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Mulia Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, @TamimBinHamad Emir Qatar atas lawatan hari ini.

“Kami komited untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara dan juga meningkatkan kerjasama dua hala meliputi bidang-bidang lain. Semoga menikmati sesuatu yang indah sepanjang berada di Malaysia. Terima Kasih,” kata Dr Mahathir menerusi catatan di laman Twitter beliau, hari ini.

Emir Qatar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja tiga hari ke negara ini. Beliau melakukan lawatan sulungnya ke Malaysia pada Oktober tahun lepas (2017). – BERNAMA

Kategori