Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pekeliling PAS Larang Ahli...

KUALA LUMPUR - Satu surat pekeliling oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melarang ahli...

Puteri Najib Selamat Bernikah...

PUTRAJAYA - Majlis akad nikah anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan pasangannya,...

‘Saya Tak Kisah Uqasha...

KUALA LUMPUR - Sebagai bukti mereka sekadar kawan, pelakon, Ben Amir, tidak kisah...

Persepsi Keluarga Miskin Anak...

ANDAIAN mengatakan golongan miskin mempunyai bilangan anak yang ramai adalah tidak benar kerana...

Mangsa Banjir Di Pahang Meningkat

KUANTAN – Mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada seramai 376 orang yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), berbanding 194 orang malam tadi.

Statistik direkodkan sehingga jam 3 pagi itu juga menunjukkan pertambahan pembukaan PPS kepada tujuh daripada empat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata jumlah mangsa paling ramai adalah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating dengan 94 orang daripada 23 keluarga diikuti SK Kempadang (72 orang) dan SK Sungai Karang (63 orang).

“PPS SK Beserah pula menempatkan 56 orang, SK Sungai Isap Murni (39 orang), Dewan Orang Ramai Balok (30 orang) dan SK Sungai Ular (22 orang),” katanya di sini, hari ini.

Beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air sejak awal pagi semalam berikutan hujan berterusan sejak malam kelmarin.

Zainal berkata, pihaknya akan memantau keadaan semasa berikutan hujan berterusan dan meminta orang ramai mengikuti nasihat diberikan pihak berkuasa.


Sementara itu, pemantauan di tujuh sungai utama sehingga jam 2 pagi pula menunjukkan paras air Sungai Kuantan di Pasir Kemudi sudah berada di paras waspada iaitu 4.96 meter.

Pemantauan di enam sungai lain menunjukkan paras air masih normal iaitu Sungai Lepar di Jambatan Gelugor (26.96 meter), Sungai Lembing (28.33) dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau (17.74), Kuantan Bypass (0.85), Sungai Belat di Sri Damai (2.82) dan Sungai Cherating (2.71). – BH ONLINE

Kategori