Thursday, July 4, 2024

Creating liberating content

Beri Peluang Pada SPRM...

SEREMBAN - Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Tan Sri Mohd Isa...

RUU Antiberita Tidak Benar...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 bukan usul...

Polis Rakam Percakapan Selva...

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam percakapan bekas perogol bersiri warganegara Malaysia, S....

5 Negeri Hadapi Masalah...

KUALA LUMPUR — Lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Johor, Selangor dan Melaka dikenal...

Mangsa Tsunami Di Pulau Terpencil Diselamatkan

CARITA – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia bertungkus-lumus menyelamatkan komuniti dari beberapa pulau terpencil, susulan bencana tsunami gunung berapi yang sudah meragut lebih 400 nyawa.

Bagaimanapun, hujan lebat menjejaskan usaha mereka dan mendatangkan lebih banyak kesukaran di wilayah itu, ketika pihak berkuasa memberi amaran bahawa wujud kemungkinan ombak pembunuh di kawasan terbabit.

Agensi bencana mengingatkan penduduk supaya menjauhi pesisir pantai, ketika wujud aktiviti baharu di gunung berapi Anak Krakatau yang berada di tengah Selat Sunda antara kepulauan Jawa dan Sumatera, ia mungkin mencetuskan tsunami baharu.

Agensi itu berkata, angin membawa debu dan pasir dari Anak Krakatau ke beberapa kawasan berhampiran seperti Cilegon dan Serang, Jawa. Penduduk juga dinasihatkan supaya memakai topeng atau cermin mata di luar rumah.

Difahamkan, sebahagian daripada kawah gunung itu runtuh selepas letusan dan jatuh ke dalam laut, ia mencetuskan gelombang ombak maut, malam Sabtu lalu.


Ia melanda tanpa amaran, memusnahkan beberapa pantai popular selain menenggelamkan banyak hotel pelancong dan komuniti pesisir pantai sehingga menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan.

Agensi bencana itu meningkatkan jumlah kematian kepada 430 orang, semalam, dengan 1,495 mangsa lain cedera dan 159 lagi hilang sementara hampir 22,000 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan. – AFP/BH ONLINE

Kategori